Saturday, November 20, 2010

BERAPE UMUR DIA HAAA??

Posted by KaLaM HiJaU



Photobucket


Seorang lelaki bersama anaknya menaiki kereta api koleje mazowiecki ke warszawa wlochy..
Seketika anak itu kelihatan begitu teruja pabila kakinya melangkah menaiki kereta api. Di tepuk-tepuknya tempat duduk yang berwarna hijau itu dengan gembira.
Ayahnya memandang dari luar dengan senyuman penuh kemesraan..
Kereta api itu mula bergerak sedikit-demi sedikit..
‘ayah!! Tgk kereta api ni dah bergerak lah.. ayah.. bestnya!! ..’
‘Ayah..awan ni bergerak dengan kereta api ni la yah!’
Ayah itu menggariskan senyuman sambil menganggukkan kepala..
Situasi itu menarik perhatian seorang lelaki yang duduk bersebelahan dengan ‘ayah’ itu tadi, dipandangnya ‘ayah’ itu dengan penuh kehairanan..
Photobucket




Apabila gerabak kereta api yang dinaiki anak itu melepasi terowong , hujan gerimis yang mulai turun menarik perhatian si anak.Lalu sekali lagi dijeritnya..
‘ayah!! Ini hujan.. hujan ni ayah’ laung si anak sambil mengeluarkan tangan untuk merasai titisan dingin air hujan itu.mukanya tergambar penuh kegembiraan.
Si ayah itu mengangguk-angguk lagi sambil mengusap anaknya..
Keadaan itu sekali lagi menarik perhatian lelaki tadi. Kali ini lelaki itu memandang dengan penuh jengkel. bicaranya pada si ayah..

Photobucket

‘erm, itu anak awak ye? Dah berapa dah umur dia ha?’
‘ye anak saya.. kenapa encik? Umurnya 21tahun..’
‘saye rasa kamu patut hantar dia ke hospital.. check2 sikit mane yang patut’
‘oh..memang kami dari hospital sebenarnya’
‘patutlah..sakit dia memang macam tu dari kecil?perlu selalu diawasi tu, tak perlulah di bawa ke tempat awam sebegini..’-dengn nada sinis
‘kami baru balik dari hospital, anak saya baru pulih setelah pembedahan pemindahan mata.hari ini adalah hari pertama baginya melihat duniasejak dari kecil..’
*****************************************



kita.. sering terlepas pandang.kadangkala mudah membuat spekulasi tanpa usul periksa. bersangka baiklah, kerna kita tidak tahu apa yang ada di sebaliknya..mungkin yang diam itu sedang berzikir, yang masam itu sedang merenung dosa...

-berat mata memandang, berat lagi bahu memikul

Abu A'shim Hisyam Bin Abdul Qadir Uqdah dalam bukunya pernah menyatakan antara salah satu virus Ukhuwwah ialah Stapylococcus aureus.

eh bukan2, NEGATIVE THINKING dan Juga MENGIKUT PRASANGKA atau dalam kata lain SUUZHON. Sangat setuju!! Dalam persahabatan atau dalam berjemaah HUSNULZHON sangat amat nian la pentingnya.

MUSTAHIL untuk menguatkan sesebuah jemaah atau gerakan jika tiada kepercayaan dan bersangka baik sesama ahli atau pemimpinnya sendiri, apetah lagi untuk mengerakkannya.

Tawarikh membuktikan, cuba tengok contoh di negara kita, Ape dah jadi pada PKR, gaduh sana gaduh sini, oppss, no politic!! eh kejap, ape pulak,politik kan ade dalam ISLAM. haish,pernah bace buku USUL 20? Ape Usul pertama?hurmm..

Contoh je,jangan amik hati ye orang BARISAN NASIONAL ATAU PAKATAN RAKYAT, huhu sebab Saya sokong BARISAN+RAKYAT,

Kalau tiada bersangka baik jadilah tuduh menuduh, bermakan hati, bermasam muka dan akhirnya BREAK, eh bukan-bukan tapi BERPISAH atau keluar jemaah.

Sebab itulah, HUSNULZHON adalah marhalah pertama dalam berUKHUWWAH, betulkan? salah tolong betulkan.
err sape ingat MARHALAH TERTINGGI UKHUWWAH ?? hehe


Kadang-kadang senang sangat nak Suuzhon,kan? pernah tak?pernah tak?hee saya pernah!! tapikan ade dalam Quran cakap..

-Firman Allah swt yang bermaksud :
" Hai orang-orang yang beriman jauhilah kebanyakan prasangka buruk, sesungguhnya sebahagian dari prasangka buruk itu adalah dosa dan janganlah kamu mencari-cari kesalahan orang lain dan janganlah sebahagian kamu mengumpat sebahagian yang lain. Sukakah salah seorang daripada kamu memakan daging saudaranya yang sudah mati, maka tentunya kamu merasa jijik dan bertaqwalahh kepada Allah swt, sesungguhnya Allah maha penerima taubat lagi maha penyayang". (Surah Al-Hujurat : Ayat 12)



Maybe THE BEST THING IS, siasat dulu sesuatu perkara, dan berlapang dadalah. Kang xpasal jadi cam pak cik yang berlagak macam DR diatas, hehe, eh HUSNULZHON OK!! =)

haaa xpun ade satu cara lagi, cakap heart to heart, HATI KE HATI ok?untuk sesama jenis sahaja :-P kerana itu therapy yg terbaek, wah!! xcaye??cubalaaaa.heee

Kita dah senantiasa tahu tatatertib dalam berUKHUWWAH kan, kalau Nak tahu, tanye, Tak puas hati tegurlah dengan baik =). Bace buku VIRUS-VIRUS UKHUWAH jom!!


p/s:waaaaaa, asif kepada kawan-kawan yang sentiasa bertanye bile nak update blog. Asif atas kelemahan saya ini. Jzkk tak terhingga kepada mereka yang sentiasa bagi saya semangat untuk menulis =).Jika saya salah betulkan saya, ingatkan saya =)

Doakan saya untuk exam2 yang berbaris panjang mendatang =)
jzkk,wasalam

Photobucket





Sunday, May 30, 2010

AKU ORANG TERPILIH..

Posted by KaLaM HiJaU

Aku pandai sebab aku rajin? Aku masuk university sebab aku pandai, aku study kt oversea sebab aku genius, BETUL KE?

Dalam ramai-ramai pelajar yang menduduki SPM (fakta 465,853 orang SPM 2009) alhamdulillah Maha suci Allah yang Maha pemurah lagi Maha pengasihani telah memilih dan mengurniakan kita peluang ke universiti masing-masing sekarang.

Tapi pernahkah kita terfikir, kenapa antara beratus-ratus ribu kita yang terpilih? Adakah sebab rajinnya kita berbanding orang lain? Atau mungkin kerana lebihnya usaha kita?

Tak lupa juga mereka yang diberi bakat dan kelebihan dalam bersukan atau bekerja. Adakah hebatnya mereka ini disebabkan pencapaian mereka sendiri?

Kadang-kadang mungkin kita lebih menganggap ianya adalah pilihan Allah swt atas usaha dan jerih payah kita. Juga terpilih kita kerana doa dan ketaatan kita pada-Nya.

Hurmm! Tapi dalam quran Allah ade ckp,

Dan Allah melebihkan sebahagian kamu atas sebahagian yang lain dalam hal rezeki, tetapi orang yang dilebihkan (rezekinya itu) tidak mahu memberikan rezekinya kepada para hamba sahaya yang mereka miliki, sehingga mereka sama-sama merasakan rezeki itu. Mengapa mereka mengingkari nikmat Allah itu? (An-nahlu:71)

Haa Allah melebihkan kita semua dari sebahagian yang lain dalam hal rezeki supaya kita memberikan dan menyampaikannya juga kepada orang lain.

Ape maksud rezeki? Rezeki ialah sesuatu yang memberi manfaat kepada seseorang itu.

Jadi macamane tu? Terpulang kepada kita kan bagaimana kita mahu menggunakan kelebihan dan rezeki yang kita ada untuk manfaat masyarakat kita.

Kita ada tanggungjawab terhadap orang di sekeliling kita. Gunakan kelebihan diri, tuntutlah ilmu dan islahkan diri, kerana masyarakat kita memerlukan orang yang boleh memperbaik keadaannya sekarang. Jangan kita yang diberi kelebihan rezeki dan ketinggian dajwat ini pula menambah parah dan sakit masyarakat kita nanti.

Jangan kita hanya menyimpan dan membolot kelebihan dan rezeki itu seorang diri. Ingatan Allah supaya kita tidak mengingkari nikmat-Nya itu perlu sentiasa diingati.

Dalam satu ayat lain,

dan dialah yang menjadikan kamu sebagai khalifah-khalifah di muka bumi dan dia mengangkat (derajat) sebahagian kamu di atas yang lain, untuk mengujimu atas karunia yang diberikan-Nya padamu. Sesungguhnya Tuhanmu sangat cepat memberi hukuman dan sungguh dia Maha Pengampun dan Maha Penyanyang. (Al-An'am:165)

Jadi gunakanlah kelebihan kita itu untuk melaksanakan tugas sebagai khalifah yang telah ditetapkan oleh Allah swt. Tugas kita sebagai khalifah untuk memastikan undang-undang Allah dipraktikkan dan memastikan agar semua manusia mengakui tiada yang lebih layak disembah kecuali Allah swt.

Tak lupa juga kelebihan dan diangkat darjat itu juga adalah sebagai ujian dari Allah untuk kita, Dia sangat cepat memberi hukuman. Jadi, kelebihan dan darjat kurniaan Allah itu adalah semata-mata pinjaman untuk kita merealisasikan tugas kita membawa syiar Islam di muka bumi ini.

Mungkin sekali dua kita menggunakan kelebihan itu ke arah yang tak sepatutnya, dan diberi peluang untuk kembali dan bertaubat, namun andai kita terus hanyut dan larut dalam keingkaran bila-bila masa saja kepandaian, kekayaan, kekuatan dan ketinggian bakat itu boleh direntap daripada kita. Siapa tahu , kerna Dia yang Maha berkuasa atas segalanya mampu mengangkat atau menjatuhkan sesiapa sahaja yang Dia kehendaki.

Kesimpulannya, pengurniaan kelebihan dan ketinggian darjat kepada kita adalah untuk kita merealisasikan tugas kita sebagai khalifah di muka bumi dan juga untuk disampaikan kepada ahli masyarakat kita yang lain. Jadi mari kita gunakan kelebihan kita semaksimumnya ke arah yang dituntut Islam .i/Allah..

Friday, April 30, 2010

MARI MENGUNDI

Posted by KaLaM HiJaU

hihi sume org pon sure bersemangat.. plus exciteD nk mengundi kan?? baru level nomination pon dah fening-fening pikir nk UNDI sape huhu..

jom! kita usHa ape Quran pesan~~

apakah kamu tidak memperhatikan pemuka-pemuka bani israil sesudah nabi musa, yaitu ketika mereka berkata kpd seorg nabi mereka, angkatlah untuk kami seorg raja [supaya kami berperang di bawah pimpinannya] di jalan Allah..... [Q2:246]


nabi mereka mengatakan kpd mereka, sesungguhnya Allah telah mengangkat Talut menjadi rajamu, mereka menjawab bagaimana Talut memerintah kami, padahal kami lebih berhak mengendalikan pemerintahan daripadanya, sedangkan dia pun tidak diberi kekayaan yang banyak? nabi mereka berkata, sesungguhnya Allah telah memilihnya menjadi rajamu dan menganugerahinya ilmu yang luas dan tubuh yang perkasa. Allah memberikan pemerintahan kpd siapa yg dikehendakiNya. dan Allah Maha Luas pemberian-Nya lagi Maha Mengetahui. [Q2:247]


maka tatkala Talut keluar membawa tentera-tenteranya, ia berkata, sesungguhnya Allah akan menguji kamu dgn suatu sungai. maka siapa di antara kamu meminum airnya, bukanlah ia pengikutku. kemudian mereka meminumnya kecuali beberapa org di antara mrk. maka tatkala Talut dan org-org yg beriman bersama dia telah menyeberangi sungai itu, org-org yg telah minum berkata, tak ada kesanggupan kami pada hari ini untuk melawan Jalut dan tenteranya. org-org yg meyakini bahwa mereka akan menemui Allah berkata, berapa bnyk terjadi golongan yg sedikit dapat mengalahkan golongan yang banyak dengan izin Allah. dan Allah beserta orang- orang yang sabar. [Q2:249]

tatkala mereka tampak oleh jalut dan tenteranya, mereka pun [Talut dan tenteranya] berdoa, Ya Tuhan kami, tuangkanlah kesabaran atas diri kami, kukuhkanlah pendirian kami, dan tolonglah kami terhadap orang-orang kafir" [Q2:250]

mereka [tentera Talut] mengalahkan tentera Jalut dengan izin Allah, dan [dalam peperangan itu] Dawud membunuh Jalut, kemudian, Allah memberikan kepadanya [Dawud] pemerintahan dan hikmah [sesudah meninggalnyaTalut] dan mengajarkan kepadanya apa yang dikehendakiNya. seandainya Allah tidak menolak [keganasan] sebagian manusia dgn sebahagian yg lain, pasti rusaklah bumi ini. tetapi Allah mempunyai karunia [yang dicurahkan] atas semesta alam. [Q2:251]

itu adalah ayat-ayat Allah. kami bacakan kepadamu dengan hak [benar] dan sesungguhnya kamu benar-benar salah seorg di antara nabi-nabi yang diutus. [Q2:252]

okey!! ape yg kita dapat korek dari cite Talut n Jalut nih??

kira nyer, bani israil ni, pas nabi Musa dah wafat, dorg pon ngada-ngada la mintak kat nabi dorg time tu utk lantik among dorg, sorg raja, kononyer nnt, senang la dorg nk gi berperang. pastu, sat lagi, pas Allah dah lantik sorg mamat nama Talut jadik raja dorg, bani israil nih tk stuju. 

depa kata, c Talut nih, tk berkaliber, tk deq karisma, tk de ciri-ciri kepimpinan dan la tu, die nih tk kaya. kira nyer, bani israil nih, bg dorg, klu sesorg tu nk jadik pemimpin ciri die mustila sorg yg ada gaya-gaya pemimpin n jugak kaya.

padahal Allah ckp, seorg pemimpin tu kena ada 2 ciri jer, luas ilmu pengetahuan dan tubuh yg perkasa.makna nyer, klu ikut konteks kita skrg, pemimpin tu kena la, berilmu, bukan dpt 5 flat in all subjects, tapi, kena tau isu2 politik, sosial, hiburan dan lain2. pastu kena la bertubuh perkasa, bukan nk physical jer kuat, tp, kena kuat mentally, bijak buat keputusan, berani amik cabaran. kukuh pada pendirian.

dan Allah sambung plak kesah Talut n Jalut ni masa time on the way nk berperang, Allah uji tentera-tentera Talut ni utk setia pada pemerintahan Talut. tp tgk, even Talut dah pesan kata jgn minum air kat sungai tu, still ada jugak rakYat die yg minum air sungai tu, pastu dah tk berani nk berperang ngn Jalut. dan mula pecah kan kumpulan tentera tadi into those yg ikut Talut and those yg skeptical ngn pemerintahan Talut. kat c tu kita dpat tgk. klu kita nih, dah pilih sorg pemimpin tu, dan dh letakkan kepercayaan kat die, maka, kita kena la ikut ckp die, baru la harmoni i'Allah..

dalam ayat 2:250, kita dapat cara Talut hadap musuh die, Talut ajak rakYat-rakYat die sama2 berdoa. and Talut bukan doa bagi dorg kekuatan atau kekayaan, tp Talut doa, mntk first..

-tuangkan kesabaran
-kukuhkan pendirian
-bagi pertolongan

jadik, dlam hadapi kekususahan, seorg pemimpin tu, and pengikut2 dia kena la doa utk minta kesabaran dan kukuhkan pendirian dorg pastu baru la mohon pertolongn dr Allah. sabar dan kukuh tu, kunci utama dalam nk capai kemenangan!

dan akhirnyer, kesah peperangan antara Talut and Jalut ni, diakhiri dengan kesah yg sngt seronok dan best sbb..

sape tahu, sape yg dapat bunuh Jalut??

yup!! yg dapat bunuh Jalut, bukan la Talut yg luas ilmu pengetahuan n kuat perkasa, tp, anak didik Talut yang bernama Dawud!! pastu, Allah bagi pemerintahan dan hikmah kenabian plus siap bagi kitab Zabur lagi kat Dawud!! lagi contoh yg kita bley amik dari kisah ni is tht, sorg pemimpin tu, die kena la hebat dlam membentuk anak didik die. biar anak buah-anak buah die lebih bersinar dari dia!! so tht nnt, lpas ketiadaan dia dalam kepimpinan, pemerintahan tu dpat diamik alih oleh seorg yg lebih baik n lebih hebat dari die. n organisasi tu akan jadik lebih mantap i'Allah..

jadi rakan-rakan..

sempena election MSSP/IPIP nih..

... pilihla seorg yg mcm "Talut" dan setia la padanya.. agar nanti akan muncul la insan seperti "Dawud"...


.::selamat mengundi::.

                                                                               ' diambil dari ikatanpelajarislampoland.blogspot.com'

Sunday, April 25, 2010

INIKAH KITA?

Posted by KaLaM HiJaU




Moshe Dayan

 Moshe Dayan, bekas Menteri Pertahanan Israel pernah berkata,


" 3 sebab kelemahan umat Islam ialah, kerana tidak mengkaji sejarah terdahulu, tidak membuat perancangan yang teliti dan MALAS'


Sedarkah kita tentang kelemahan kita ini?

Tuesday, March 30, 2010

PERMUDAHKAN URUSAN KAMI

Posted by KaLaM HiJaU


Click to join msianpln

Sumber: WARSAW VOICE

Artikel di atas di petik dari sebuah akhbar, nampaknya pembinaan masjid di Warsaw oleh Polish Muslim League cuba dihalang oleh mereka yang takut akan perkembangan Islam di Poland.


Mengikut berita yang diterima, masjid baru ini bakal menjadi Islamic center dan memiliki dewan sembahyang dan kelas-kelas untuk kanak-kanak Muslim di sini belajar.

Mari kita bantu saudara-saudara kita. Mari kita jadi tonggak untuk Islam. Sama-sama kita banyakkan doa demi doa agar masjid ini berjaya disiapkan tanpa sebarang tentangan. Supaya Islam terus kembang mekar di bumi Poland ini. i/Allah.

Sunday, March 28, 2010

BAGAIMANA KITA?

Posted by KaLaM HiJaU

DOA



Dari Abu Hurairah r.a. berkata: Saya mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda:
"Demi Allah, sesungguhnya saya itu niscayalah memohonkan pengampunan kepada
Allah serta bertaubat kepadaNya dalam sehari lebih dari tujuh puluh kali." (Riwayat Bukhari)



Dari Aghar bin Yasar al-Muzani r.a. katanya: Rasulullah s.a.w. bersabda:
"Hai sekalian manusia, bertaubatlah kepada Allah dan mohonlah pengampunan
daripadaNya, kerana sesungguhnya saya ini bertaubat dalam sehari seratus kali."
(Riwayat Muslim)


Rasulullah saw junjungan besar kita yang maksum dan telah confirm tempatnya disyurga pun 70/100 memohon ampun kpd Allat swt.

Bagaimana pula kita yang tidak pernah terlepas dari melakukan dosa? Sentiasakah kita atau hanya di saat dirundung hiba, menadah tangan memohon ampun?

Begitu banyak silap dan salah semasa hidup ini, adakah masih ada keampunan buat diri ini?

Dari Abu Said, yaitu Sa'ad bin Sinan al-Khudri r.a. bahwasanya Nabiullah s.a.w.
bersabda:
"Ada seorang lelaki dari golongan ummat yang sebelummu telah membunuh
sembilan puluh sembilan manusia, kemudian ia menanyakan tentang orang yang teralim dari penduduk bumi, ialu ia ditunjukkan pada seorang pendeta.

lapun mendatanginya dan selanjutnya berkata bahwa sesungguhnya ia telah membunuh sembilanpuluh sembilan manusia, apakah masih diterima untuk bertaubat. Pendeta itu menjawab: "Tidak dapat." Kemudian pendeta itu dibunuhnya sekali dan dengan demikian ia telah menyempurnakan jumlah seratus dengan ditambah seorang lagi itu.

Lalu ia bertanya lagi tentang orang yang teralim dari penduduk bumi, kemudian ditunjukkan pada seorang yang alim, selanjutnya ia mengatakan bahwa sesungguhnya ia telah membunuh seratus manusia, apakah masi'h diterima taubatnya. Orang alim itu menjawab: "Ya, masih dapat. Siapa yang dapat menghalang-halangi antara dirinya dengan taubat itu. Pergilah engkau ke tanahbegini-begini, sebab di situ ada beberapa kelompok manusia yang sama menyembah Allah Ta'ala, maka menyembahlah engkau kepada Allah itu bersama-sama dengan mereka dan janganlah engkau kembali ke tanahmu sendiri, sebab tanahmu adalah negeri yang buruk."

Orang itu terus pergi sehingga di waktu ia telah sampai separuh perjalanan, tiba-tiba ia didatangi oleh kematian. Kemudian bertengkarlah untuk mempersoalkan diri orang tadi malaikat kerahmatan dan malaikat siksaan - yakni yang bertugas memberikan kerahmatan dan bertugas memberikan siksa, malaikat kerahmatan berkata: "Orang ini telah datang untuk bertaubat sambil menghadapkan hatinya kepada Allah Ta'ala." Malaikat siksaan berkata: "Bahwasanya orang ini sama sekali belum pernah melakukan kebaikan sedikitpun."

Selanjutnya ada seorang malaikat yang mendatangi mereka dalam bentuk seorang manusia, lalu ia dijadikan sebagai pemisah antara malaikat-malaikat yang berselisih tadi, yakni dijadikan hakim pemutusnya - untuk menetapkan mana yang benar. Ia berkata: "Ukurlah olehmu semua antara dua tempat di bumi itu, ke mana ia lebih dekat letaknya, maka orang ini adalah untuknya - maksudnya jikalau lebih dekat ke arah bumi yang dituju untuk melaksanakan taubatnya, maka ia adalah milik malaikat kerahmatan dan jikalau lebih dekat dengan bumi asalnya maka ia adalah milik malaikat siksaan."

Malaikat-malaikat itu mengukur, kemudian didapatinya bahwa orang tersebut adalah lebih dekat kepada bumi yang dikehendaki -yakni yang dituju untuk melaksanakanbtaubatnya. Oleh sebab itu maka ia dijemputlah oleh malaikat kerahmatan." (Muttafaq 'alaih)

Lihat bagaimana sifat Allah Al-Ghafir, Maha pengampun, sehingga begitu sekali terhadap hambanya. Bagaimana Allah mencintai dan sentiasa memberi peluang kepada hambanya untuk memohon taubat. i/Allah sama-sama kita rebut nikmat dan peluang yang dikurniakan kepada kita. Semoga kita tergolong dalam orang-orang yang berfikir dan bersyukur.

Tuesday, March 23, 2010

MUNGKIN YANG TERAKHIR

Posted by KaLaM HiJaU

Minggu lepas sy ke hospital menghadiri kelas internal medicine di hospital seperti biasa. Tekun saje sy mendengar celoteh Dr. Jerzy Marek yang sentiasa bersemangat memberi tunjur ajar.


Tepat pkul 11.15 pagi, setelah selesai segala diagnosis pesakit di bilik 8 dibaca kepada kami, Dr. Marek dengan senyumannya yang mesra mengucapkan dziekuje (thank you) dan dowidzenia (good bye).

Tatkala sy dan rakan-rakan melangkah keluar kami terperanjat melihat sekujur tubuh terbaring di depan pintu bilik 8. Dr dan nurse masing-masing cemas melihat keadaan tersebut. Dr Marek bingkas melakukan CPR kpd pak cik berbadan besar yang sedang terbaring di lantai itu. Nurse-nurse berlari2 dengan peralatan mereka untuk membantu. Kami yang baru sahaja mencabut glove terpaksa menyarung kembali dan cuba untuk membantu mereka.

Setelah beberapa kali cubaan untuk menstabilkan jantung gagal, pesakit itu dibawa masuk ke ICU. Dr. Marek kembali mendapatkan kami, dan menerangkan sebab pesakit tersebut pengsan dan apa yang mereka lakukan untuk menyelamatkan pesakit tadi memandangkan sebentar tadi byk arahan dan prosedur bahasa polish digunakan.

Pesakit tersebut collapsed disebabkan oleh Asystole. Penggunaan defibrillation menyebabkan pak cik tadi mengalami ventricular fibrillation dan beberapa masalah lain. Tak larat nak cerita nanti jadi buku medic la pulak.hee. 20 minit pak cik tadi di resuscitate, maknanye 20 minit otaknye tidak mendapat bekalan oxygen. Prognosis yang diberi Dr. Marek, menyatakan pak cik tadi hanya mempunyai sedikit harapan. Dia mungkin akan mengalami kecederaan otak walaupun berjaya sembuh nanti.

2hari kemudian, sebelum kelas bermula, Dr Marek membawa berita sedih kepada kami. Pesakit yang collapsed di depan kami baru2 ini telah meninggal. Sy agak terkejut. Ini kali kedua sy mendengar pesakit2 disini meninggal dunia.

Terngiang2 kata-kata Dr. Marek, "He can't make it although he survived for 2 days after the resuscitation".

MATI, itu yang membuatkan sy tidak tenteram pada ketika itu. Takut memikirkan bila saat itu, entah hari ini, esok atau lusa, siapa tahu. Mungkin giliran kita!! Bila-bila masa. Mungkin di katil, mungkin di jalan raya, dimana sahaja.

Orang-orang yang sentiasa mengingati mati dan bersedia menghadapi mati adalah orang yang paling BIJAKSANA. Nah, betul juga. Tak cukup sekadar ingat. Kita perlu bersedia menghadapinya. Bersedia dengan bekalan, setelah 22 tahun, 45 tahun atau 70 tahun masa diberi.

Teringat bait-bait surah Al-Asr,

وَالْعَصْرِ - إِنَّ الإِنسَـنَ لَفِى خُسْرٍ - إِلاَّ الَّذِينَ ءَامَنُواْ وَعَمِلُواْ الصَّـلِحَـتِ وَتَوَاصَوْاْ بِالْحَقِّ وَتَوَاصَوْاْ بِالصَّبْرِ



Demi Masa!

Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian -
Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar.

Astahgfirullahazim, kita sentiasa leka dan lupa. Allah berfirman, manusia itu sentiasa dalam kerugian, kecuali spt diatas. aik takkan lupe kot.hee

JAM REYES

I/Allah sekadar peringatan untuk kita insan yang senantiasa lupa. MATI akan menjemput kita. Gunakan masa yang ada, jika peluang itu masih ada, MUNGKIN ITU YANG TERAKHIR!!









Saturday, March 20, 2010

SINGA YANG LUPA SIAPA DIRINYA

Posted by KaLaM HiJaU

Diolah dari sebuah buku Muhd. Ar-Rasyid


Hari ini kita telah dilekakan. Kita dihancurkan dengan pelbagai rancangan rapi dari negara-negara barat. Umat Islam dibunuh, diserang, ditindas, hidup miskin melarat, iman mereka lemah, neraca kehidupan mereka berputar dan hukum al-quran ditolak ketepi.

Musuh-musuh kita mendidik anak-anak orang Islam dengan pandangan hidup yang jauh menyimpang dari Islam dengan pelbagai nama dan selubung.

Itulah seni lawan dan taktik mereka. Taktik-taktik kotor, memerangi masjid dengan ballroom, menyerang akidah dengan professor2 free thinker dan menewaskan seni wira dengan seni hedonisme.

Dengan ini mereka berjaya 'mentransformasi' anak SINGA menjadi KIJANG yang pengecut.
Generasi baru keturunan pejuang dan anak-anak singa dididik supaya tunduk kepada syahwat dan karam dalam keseronokan seks dan hiburan hidup. Sejarah kehebatan umat Islam dipadamkan, kisah para ulama dihapuskan kerana bimbang ia akan menjadi lampu penyuluh untuk generasi baru muslim kini.

Photobucket


Begitulah apa yang digambarkan kepada kita oleh Muhd A-Rasyid. Malah ape yang ditulis beliau begitu tepat sekali. Umat Islam sekarang dilekakan dengan pelbagai cara. Matlamat dan cara hidup umat Islam jauh menyimpang. Sehingga umat Islam sendiri tidak memahami Islam dan peranan mereka. Islam hanya dipraktikkan untuk beribadat.

Jika kita telusuri teladan sirah Rasulullah saw. Akan kita dapati bagaimana Islam membawa rahmat kepada umat ketika itu. Bagaimana Islam juga pernah mengecapi kegemilangan menakluki 2/3 dunia semasa zaman Kerajaan Abassiyah.

Kita perlu kembali kepada Islam yang sebenar agar kejayaan dan kegemilangan milik Islam akan kita kecapi kembali.

dan kami hendak memberi kurnia kpd orang2 yang tertindas di bumi (mesir) itu, dan hendak menjadikan mereka pemimpin dan menjadikan mereka orang2 yang mewarisi bumi.
(Al-Qasas 28:5)

Sesungguhnya Allah berfirman untuk melantik kita umat Islam menjadi pemimpin dan pewaris bumi ini, namun dek ketidak upayaan dan kelemahan, kita tidak diangkat menjadi org yang memimpin.

Sebagai contoh mana mungkin orang yang tidak punyai sebarang kelayakan kedoktoran mendapat kerja sebagai seorang doktor di sesebuah hospital. Maksudnya kita perlu kembali kepada 'millah' Islam yang sebenar agar kita layak untuk menjadi pemimpin.

Teliti kembali sejarah Umat Islam dahulu. mereka berjaya mencapai tamadun kerana mereka mengamalkan apa yang dibawa Islam. Tidak lupa juga teliti faktor kejatuhan umat Islam dahulu agar kita dapat perbaiki dan tidak mengulanginya.

Sesungguhnya ini adalah sunnatullah,

Demikianlah hukum Allah yang telah berlaku sejak dahulu, kamu sekali-kali tidak akan menemukan perubahan pada hukum Allah itu. (Al-Fath 48:23)

Ayuh, bangkitlah!!


long_live_islam.jpg pejuang image by layanpii