Monday, February 22, 2010

MUJADDID

Posted by KaLaM HiJaU






HADITH: Allah swt akan mengutuskan

Mentajdid bermaksud, memperbaharui.Bukannya bermaksud mengubah urusan. Tetapi kerana dalam tempoh masa 100 tahun urusan agama akan menjadi luntur.

Lunturnya urusan agama di sini ialah akibat cubaan manusia yang ingin mengubahnya, serangan musuh dan kerana perkembangan semasa yang memerlukan pembaharuan itu sendiri.

Orang yang memperbaharui agama ini dipanggil Mujaddid.
Terdapat banyak pandangan mengenai identiti mujaddid ini bagi setiap abad, tetapi Muslim secara umumnya bersetuju, walaupun sekiranya orang-orang di dalam senarai di bukan merupakan mujaddid zaman mereka, majoritinya merupakan cendekiawan, pemimpin atau ulama hebat yang memberi sumbangan besar terhadap Islam

Salah seorang mujaddid yang disepakati ialah:

Mujaddid abad pertama


Khalifah Umar Abdul Aziz
Ini kerana pada akhir abad pertama ini, Sistem pemerintahan umat Islam dilihat rosak. Khalifah Umar Abdul Aziz dibesarkan semasa pemerintahan Kerajaan Umayyah. Beliaulah akhirnya membaiki sistem pemerintahan yang rosak. Apabila dilantik menjadi khalifah, pada ucaptama yang dilakukan di masjid, beliau memberi ucapan seperti yang pernah diucap oleh Abu Bakar As-Siddiq r.a danUmar Al-khattab r.a . Beliau memerintah selama 2 tahun. Dalam masa dua tahun beliau telah berjaya membaiki semua keadaan. Sehinggakan umatIslam pada masa itu merasa hidup seperti pada zaman khulafa' Ar-Rasyidin.

Ramai lagi mujaddid yang masing-masing menyelesaikan masalah yang timbul pada zaman mereka. Merekalah pembela deen ini yang diutus oleh Allah swt. Disini saya senaraikan beberapa tokoh dan ulama lain yang dianggap sebagai mujaddid pada abad mereka untuk saling berkongsi dan mengambil ibrah daripada kehebatan dan kesungguhan mereka.


Imam syafie 212 Hijrah- Masalah Fiqh
Imam Ahmad Bin Hanbal
Abu Hassan Ashaari- Menyelesaikan masalah falsafah akidah
Abu Al-Mathuridi
Imam Al-Ghazali
Ibnu Taimiyyah
Imam Assyaitibi



Tuesday, December 15, 2009

KEGIGIHAN MENYEBARKAN KALIMAH SYAHADAH

Posted by KaLaM HiJaU




Penaklukan Sepanyol
Menurut buku-buku sejarah Islam, pembukaan Sepanyol adalah usaha Tariq bin Ziyad dan Musa bin Nusair pada 711 - 712M semasa Khalifah Umayyah Walid bin Abdul Malik memerintah.
Thariq bin Ziyad berasal dari bangsa Barbar, mengenai sukunya, para sejarawan masih berbeza pendapat; sama ada beliau dari suku Nafza atau suku Zanata. Dia merupakan bekas seorang hamba yang kemudiannya dimerdekakan oleh Musa bin Nusair, Gabenor Islam di Afrika Utara dan di tangan Musa inilah Thariq memeluk Islam bersama orang-orang Barbar yang lainnya yang tunduk di bawah kekuasaannya setelah penaklukkan daerah Tanja. Di kisahkan bahawa setelah masuk Islam, mereka menjalankan agama Islam dengan penuh tatt. Oleh kerana itu, sebelum Musa pulang ke Afrika, beliau meninggalkan beberapa orang Arab untuk mengajar mereka Al-Qur’an dan ajaran-ajaran Islam. Setelah itu Musa mengangkat Thariq, yang merupakan perajurit Musa yang terkuat untuk menjadi penguasa daerah Tanja, hujung Maroko dengan kekuatan 19,000 tentera dari bangsa Barbar.
Eropah Sebelum Penaklukan
Mendung hitam berlabuh di bumi Sepanyol. Eropah sedang dikangkangi oleh penjajah, Raja Gothic yang kejam dan zalim. Wanita merasa terancam kesuciannya, petani dikenakan pajak tanah yang tinggi, dan banyak lagi penindasan yang tak berperikemanausiaan. Raja dan kroninya bersuka ria dalam kemewahan sedang rakyat merintih dalam kesengsaraan. Sebahagian besar penduduk yang beragama Kristian dan Yahudi, berpindah ke Afrika, berharap mendapat ketenangan yang lebih menjanjikan. Dan saat itu Afrika, adalah sebuah daerah yang makmur dan mempunyai toleransi yang tinggi karena berada di bawah naungan pemerintahan Islam.
Salah seorang dari jutaan penduduk itu adalah Julian, Gabenor Ceuta yang putrinya Florida telah dinodai Roderick, raja Gothic yang menguasai Sepanyol ketika itu. Pada mulanya Florida dihantar untuk menuntut ilmu dari Raja Roderick oleh Julian. Atas sebab tersebut, Julian bertekad untuk membalas dendam kepada Roderick. Akhirnya Julian memohon pada Musa bin Nusair, raja muda Islam di Afrika untuk memerdekakan negeri mereka dari penindasan raja yang zalim itu. Julian membekalkan segala maklumat tentang kerajaan Roderick kepada Musa. Setelah mendapat persetujuan Khalifah Umayyah ketika itu, Musa melakukan pengintipan kepantai selatan Sepanyol.
Sebagai langkah awal pada 710 M Tarif ibn Malik, bersama 400 tentaranya diutus untuk mengadakan intipan ke Andalusia. Julian membantu menyediakan 4 buah kapal untuk menyeberangi selat. Tempat dimana pasukan Tarif mendarat di Sepanyol hingga sekarang dinamakan Tarifa. Letaknya di hujung selatan Sepanyol berhadapan dengan wilayah Maroko. Setelah kepulangan ekspedisi Tarif ke Maroko dan dia membawa khabar bahawa apa yang diceritakan Julian adalah benar. Mereka berjaya mengetahui sedikit sebanyak tentang kerajaan Visigoth Roderick berdasarkan maklumat Julian dan intipan yang dilakukan.
Bulan Mei tahun 711 Masehi, Tariq bin Ziyad, mantan pembantu Musa bin Nusair memimpin 12 000 anggota pasukan muslim menyeberangi selat antara Afrika dan daratan Eropah. Perjalanan pasukan dimulai dari wilayah Ceuta kemudian menyeberangi selat yang kemudiannya hingga sekarang diberi nama selat Jabal al Thariq (Gunung Thariq) atau Gibraltar, dan mendarat di suatu bukit karang (Jabal Al Thariq).


spain's map


Menakluki Sepanyol
Tanggal 19 Julai tahun 711 Masehi, Kedatangan pasukan Thariq akhirnya diketahui oleh Gubenor Edeco yang wilayahnya berdekatan dengan Gibraltar. Dia segera memberitahu Roderic tentang kedatangan tentera Islam.
Mendengar pencerobohan pasukan Thariq, Roderic segera menghadangnya dengan jumlah pasukan yang jauh lebih besar, iaitu enam kali ganda ketumbukan yang dibawa Thariq. Untuk menaikkan semangat pasukannya, Thariq segera mengarahkan semua kapal yang membawa mereka ke Gilbraltar dibakar. Beliau mengeluarkan pernyataan yang hingga kini diabadikan dalam buku-buku sejarah: "Saudara-saudaraku, musuh ada di depanmu sedangkan laut ada di belakangmu. Kemana kamu akan lari?"Sama ada kita menakluki negeri ini dan menetap di sini atau kita syahid ". Tenteranya menjawab dengan semangat membara, " Kami akan mengikutimu"
Pasukan Islam dan Nasrani bertemu, keduanya berperang di dekat muara sungai Barbate. Pertempuran berlangsung sekitar satu minggu tanpa henti sehingga berakhir dengan kekalahan pasukan Roderic. Thariq dan pasukannya berhasil melumpuhkan pasukan Gothic, hingga Raja Roderic tenggelam di sungai itu. Kemenangan Thariq yang luar biasa ini, menjatuhkan semangat orang-orang Sepanyol dan semenjak itu mereka tidak berani lagi menghadapi tentera Islam secara terbuka.

Thariq membahagi pasukannya menjadi empat kelompok, dan menyebarkan mereka ke Cordoba, Malaga, dan Granada. Semua kota-kota itu menyerah tanpa perlawanan. Ketangkasan gerak dan kehebatan pasukan Thariq berhasil melumpuhkan tentera-tentera Gothic.
Thariq kemudian menyusul ke Cordoba dan menulis surat kepada Musa ibn Nusair mengenai kejayaan tentera Islam menakluki Andalusia. Musa memaklmumkan berita gembira kemenangan itu kepada Kalifah Walid di Damaskus. Musa mengambarkan suasana penaklukan tersebut tidak seperti penaklukan yang biasa tanpa disangka-sangka, kemenangan tentera Islam ketika itu sangat menakjubkan dan agung.
Setelah kemenangan tentera Thariq yang di luar dugaan tersebut, Gabenor Musa ibn Nusair menyusulnya pada musim panas tahun 712 M dengan disertai 18 ribu pasukan untuk memperluas wilayah yang akan ditakluki. Pertemuan antara Thariq dan Musa terjadi di Talavera dekat Toledo
Penaklukan selanjutnya diteruskan oleh pasukan Islam yang lain. Wilayah yang ditaklukkan pasukan Islam hingga tahun 721 meliputi seluruh semenanjung Iberia dan sebagian wilayah Perancis bagian selatan. Hingga abad ke-10, wilayah kekuasaan Islam masih meliputi sekitar empat perlima semenanjung Iberia.
Rakyat Sepanyol yang sekian lama tertekan akibat penjajahan bangsa Gothic, mengalu-alukan kedatangan orang-orang Islam. Selain itu, perilaku Thariq dan orang-orang Islam yang begitu mulia sehingga mereka disayangi oleh bangsa-bangsa yang tinggal di Sepanyol ketika itu.
Seorang penulis Kristian terkenal menulis:
“Muslim-muslim Arab itu mentadbir kerajaan Cordoba dengan baik dan ia merupakan sebuah keajaiban Abad Pertengahan, mereka mengenalkan obor pengetahuan dan peradaban, kecemerlangan dan keistimewaan kepada dunia Barat. Sedangkan saat itu bangsa Eropah sedang dalam situasi pergolakan dan kebodohan yang biadab.“
Thariq berhajat melakukan penaklukkan ke atas seluruh Eropah. Dalam saat merencana penyerbuan ke negara-negara Eropah, telah datang panggilan dari Khalifah untuk pergi ke Damaskus. Dengan disiplin dan kepatuhan tinggi, Thariq memenuhi panggilan Khalifah dan berusaha tiba seawal mungkin di Damaskus. Tidak lama kemudian, Thariq wafat di sana. budak suruhan Barbar, penakluk Sepanyol, wilayah Islam terbesar di Eropah yang selama lebih lima abad di bawah kekuasaan Islam telah memenuhi panggilan Rabbnya.
Semoga kisah ini dapat memberi ibrah kepada kita semua agar dapat mencontohi sedikit sebanyak kegigihan dan kesungguhan mereka dalam menyebarkan kalimah Lailahaillallah.

Friday, May 29, 2009

RAMUAN AL-FATIH TAKLUKI KONSTANTINOPLE

Posted by KaLaM HiJaU

Terbaca kisah kisah Al-Fatih yang berjaya menakluki Konstantinople.

Konstantinople kota milik empayar Byzantine merupakan sebuah kota yang memiliki pertahanan yang amat menakjubkan.

Kota ini berbentuk tiga segi. Dua bahagian kota menghadap laut iaitu Selat Bosporus dan Laut Marmara. Bahagian daratan dilingkungi oleh sebuah benteng yang sangat kukuh, antaranya seperti:

1) Bahagian luar kota dilingkungi oleh sebuah parit besar. Dalamnya 10 meter dan lebarnya 60 meter

2) Ada dua tembok iaitu tembok luar dan tembok dalam. Tembok luar sahaja setinggi 25 kaki dan setebal 10 meter

3) Tembok dalam pula setinggi 40 kaki tinggi dan 15 meter tebal

4) Terdapat menara kawalan sepanjang tembok dalam dengan ketinggian 60 meter!

5) Terdapat 400 batalion tentera terlatih mengawal tembok ini sepanjang masa

Dengan kedudukan pertahanan seperti itu, hampir mustahil untuk tembok ini dicerobohi.

Di bahagian laut pula, terdapat rintangan rantai besi yang kuat diletakkan di Selat Bosporus yang digunakan untuk menghalang kapal-kapal melepasinya.

Konstantinapole telah menjadi ibu kota Empayar Bizantin untuk berkurun-kurun dan dikenali sebagai kota yang paling makmur dan terkaya di Eropah. Ia terletak di pertemuan antara Asia dan Eropah dan Laut Mediterranean dan Laut Hitam. Justeru, ia sangat strategik baik dari segi perdagangan mahupun geo politik.

Sejak Rasulullah s.a.w mengungkapkan bahawa nanti Kota penting ini akhirnya akan jatuh di tangan seorang pemerintah yang terbaik, memimpin tentera yang terbaik sepanjang zaman, telah banyak percubaan dibuat untuk menawan kota ini, namun tidak berjaya. Sahabat seperti Abu Ayub al Ansari juga telah berusaha dan mereka telah mengepung kota ini selama tujuh tahun, tetapi masih gagal.

Hanya 800 tahun selepas sabda Nabi SAW, sabda yang menakjubkan ini menjadi kenyataan. Sultan Muhammad bin Murad yang kemudian lebih masyhur dengan gelaran Sultan Muhammad al Fatih telah memulakan pengepungan ke atas Konstantinapole pada hari Khamis, 5 April 1453 dan berjaya membuka kota ini pada 29 Mei 1453.


57792.jpg picture by count_floyd2000


Tentu bukan mudah untuk Sultan Muhammad al Fatih untuk menakluki kota tersebut. Peribadi baginda dan tentera-tentera baginda juga menjadi Ramuan kemenangan ini.

Perkara ini dapat disaksikan semasa baginda dan tentera-tentera baginda ingin menunaikan solat Jumaat kali pertama di Konstantinople selepas menumpaskan Angkatan tentera Byzantine.

Timbul pertanyaan di kalangan mereka siapa yang layak menjadi imam solat Jumaat yang pertama itu.

Baginda kemudiannya memerintahkan kesemua tenteranya termasuk dirinya berdiri dan diikuti pertanyaan: "Siapa di antara kita sejak baligh hingga sekarang pernah meninggalkan solat fardhu walau sekali sila duduk!".

Tiada seorang pun yang duduk, kerana tidak seorang pun di antara mereka pernah meninggalkan solat fardhu.

Pertanyaan seterusnya, "Siapa di antara kita yang sejak baligh hingga kini pernah meninggalkan solat sunat rawatib sila duduk!".

Sebahagian daripada tenteranya duduk. Kemudian Baginda bertitah, "Siapa di antara kamu sejak baligh hingga ke saat ini pernah meninggalkan solat tahajjud walaupun satu malam, sila duduk!".

Kali ini semuanya duduk, kecuali baginda sendiri sahaja yang tetap berdiri! Subhaanallah!

Baginda tidak pernah meninggalkan solat fardhu, Solat Sunat Rawatib dan Solat Tahajud sejak baligh. Tepatlah janji Rasulullah s.a.w dan kota ini kemudian bertukar nama kepada Istanbul.

Mungkin inilah satu faktor kemenangan Baginda dan tentera baginda. Mereka betul-betul berhak untuk mendapat gelaran seperti yang terdapat dalam sabda Rasulullah SAW itu.

Renung-renungkan..

Monday, April 27, 2009

AL-MUHANDIS MENJANA UMMAH

Posted by KaLaM HiJaU



Beliau pemuda yg hatinya diilhamkan Allah dengan nur yg memberkati ini. Beliau mewaqafkan seluruh jiwannya untuk Palestine dan Islam. Bertarung untuk mendapatkan kebebasan dan maruah yg telah diragut pada awal abad ke-20 oleh bangsa, bangsa Yahudi Laknatullah.

Ceritanya bermula di Rafah, tempat kelahiran seorang pejuang Islam yg menghambakan seluruh hidupnya untuk mendapatkan syahid Allah. Beliau dilahirkan dalam sebuah keluarga yang biasa pada 3 Mac 1966.

Pada hari tersebut menyaksikan lahirnya Hero umat Islam yang bakal menggemparkan bangsa Yahudi. “Hero” umat Islam ini dinamakan dengan nama Yahya Ayyash. Yahya bermaksud untuk hidup manakalaa Ayyash bermaksud seseorang yg menjalani kehidupan yg . Bertepatan dengan namanya, beliau telah hidup dihatiku dan hati2 umat Islam dalam jangkamasa yg lama dan namanya akan terus mekar seiring masa berjalan walaupun hayatnya di dunia ini tidaklah sepanjang namanya.

Engineer yang Genius

Ayyash menamatkan persekolahan menengah atasnya di Rafah dengan keputusan yg cemerlang dan melayakkannya untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang engineering di Beit Zeit Univertsity. Ayyash menerima ijazah Electrical Engineering pada tahun 1988 ketika umurnya 22 tahun. Ayyash pada asalnya mahu melanjutkan pelajaran ke bidang master di luar negara tetapi rejim Zionis menghalangnya dari berbuat demikian.

Dia kemudiannya melibatkan diri secara aktif dalam Briged Izzudin Al-Qassam dimana beliau menyumbangkan kepakaran dalam membuat bahan letupan dari bahan2 mentah yg mudah didapati di Palestine. Beliau adalah orang yg bertanggungjawab terhadap teknik “bom syahid” dalam peperangan menentang rejim Zionis.

Seorang Lelaki yang sederhana

Sesiapa yg berkesempatan bertemu dan berbicara dengan Ayyash akan mengatakan bahawa belau adalah seorang biasa yg cintakan keluarganya, jiran tetangganya dan tanah air tumpah darahnya. Setiap insan yg mengenali ayyash akan mencintainya kerana beliau adalah model seorang yg sederhana dan senang menolong orang yg memerlukan. Dengan melihat matanya sahaja kita dapat mengetahui bahwa beliau adalah seorang yg rendah diri dan sederhana. Dalam jiwanya bagaimanapun tersembunyi cita2 besar dan murni seorang lelaki.

The Engineer - Bapa Operasi Syahid

Ayyash adalah individu utama disebalik operasi-operasi syahid untuk mengajar regim Israel atas serangan tidak berperikemanusiaan mereka keatas orang awam. Apabila Baruch Goldstein, syaitan bertopengkan manusia berbangsa Yahudi membunuh lebih dari 30 orang Palestin ketika mereka sedang khusyuk bersolat di Masjid Al-Ibrahimi di Bandar Khalil, Hamas berazam untuk membalasnya ke atas pihak zionis.

Beberapa minggu selepas pembunuhan kejam keatas jemaah yang sedang solat tersebut, beberapa serangan dilakukan keatas pihak-pihak zionis. Pihak kerajaan Zionis kemudiannya mendapat maklumat bahawa Ayyash adalah dalang disebalik semua serangan balas, dalm sekelip mata Yahya Ayyash menjadi individu di tangga teratas most-wanted list rejim Zionis. Hidup dalam buruan menyebabkan Ayyash terpaksa hidup berpindah randah dalam masa tiga tahun. Dalam tempoh persembunyiannya, belaiu telah menyamar sebagai seorang Rabi Yahudi (seperti Paderi Kristian), dan penyamarannay ternyata berkesan kerana rejim Zionist gagal mengesan beliau sehinggalah maklumat dating dari pihak Islam sendiri.

Disebabkan keazamannya menentang musuh2 Allah, mereka telah memberikannya gelaran “The Engineer” (Al-Muhandis didalam Arab). Amat penting untuk dinyatakan disini bahwa pihak musuh yg memberikan beliau gelaran ini dan bukan orang2 Palestine ataupun Hamas.

Ayyash bukanlah seorang yg pengecut kerana bersembunyi dari pihak Zionis tetapi tempoh persembunyiaannya itu digunakan sebaik mungkin untuk melatih pemuda-pemuda Palestin untuk membuat senjata dan bom menggunakan bahan-bahan asas yg boleh ditemui di bumi Palestin.

Seorang Yang Menunaikan Kesaksiannya

Pada Jumaat, 5 Februari, ombak di laut menggulung tinggi dengan ganas, angin bertiup dengan sunyi dan tenang, manusia bergegas kesana sini, mereka semua tahu bahwa sesuatu yg buruk mungkin telah berlaku. Secara tiba2 sekumpulan lelaki melaungkan Ayyash terbunuh! Ayyash di terbunuh! Seluruh masyarakat Palestin terdiam, tergamam, terkejut….mereka menangis di jalan-jalan, di dalam kereta-kereta, di balkoni-balkoni, dan di dalam bilik-bilik mereka. Kanak-kanak kecil meninggalkan sekolah untuk mencari tempat untuk melepaskan kesedihan mereka akibat kematian seorang hero. Ayyash dibunuh oleh bangsa Yahudi Laknatullah. Setiap makhluk bersedih dan marah, pokok-pokok kelihatan menahan kemarahan, burung-burung berterbangan tidak tentu hala akibat kemarahan yg amat sangat, angin berhenti bertiup dan gelombang-gelombang di lautan terhenti. Hanya bangsa Zalim dan kejam kelihatan gembira meraikan kematian Ayyash. Syahidnya Yahya Ayyash adalah dengan strategi pihak Zionist yg bekerjasama dengan kenalannya yang meletakkan bom di dalam telefon bimbitnya.

Dengan kematian Ayyash, rejim zionis menyangka bahawa tiada lagi penentangan terhadap rancangan dajjal mereka, tetapi ternyata mereka adalah bangsa yg bodoh dan pengecut, dengan syahidnya Ayyash, beribu-ribu Ayyash lain muncul untuk menyekat kemaraan mereka.

Seorang Pengganas ?

Ayyash bukanlah seorang pembunuh besar-besaran seperti yg dilakukan Sharon di Sabra dan Shatila. Dia mempunyai kemampuan untuk meletakkan 100kg TNT di dalam panggung wayang atau di mana sahaja tempat yg mempunyai ramai orang awam. Dia juga mampu meranapkan sebuah menara dengan meletupkan sebuah van yg sarat dengan TNT dibawahnya. Walaubagaimanapun, beliau tidak melakukannya kerana Islam tidak mengajar supaya pembelanya membunuh kanak2 dan wanita2. Namun apabila musuh melakukannya dahulu, adakah berdiam diri sahaja tindakan kita ?....Akibat kematian Ayyash, Briged Izzudin Al-Qassam (sayap Hamas) telah melancarkan operasi besar2an yg mana salah satunya berjaya membunuh 20 orang tentera Yahudi. Hamas menyatakan bahwa ianya hanya permulaan untuk membalas tindakan Zionist tersebut. Seorang pemberita Yahudi melaporkan “Yahudi terpaksa membayar harga yg tinggi terhadap pembunuhan seorang lelaki yg dikenali sebagai “The Engineer”, empat serangan balas dalam masa tujuh hari membunuh puluhan tentera dan mengubah scenario politik Israel.

Pemergian Ayyash yang dianggap akan melemahkan umat palestine ternyata meleset. Malah kematian Ayyash menguatkan lagi semangat jihad umat Islam Palestine. Ternyata Kekuatan umat bukanlah bergantung kepada ketua mereka atau guru mereka tetapi kepada iman dan ketaqwaan umat tersebut.Mari kita sama menilai diri kita, adakah kita mempunyai iman sekuat mereka untuk membela dan mengembalikan kegemilangan Islam. I/Allah sama-sama kita renungkan.

Thursday, April 23, 2009

MENITI PERJUANGAN

Posted by KaLaM HiJaU

MURSYIDUL AM IKHWANUL MUSLIMIN YANG KE-5

Lahirnya pada 15 September 1921 di Kampung Sa'din, dari kota Manya al-qamh, Mesir. Beliau terdidik di dalam suasana keluarga yang berpegang teguh dengan agama. Beliau mengikuti penulis desa sejak berumur dua tahun. Kemudian memasuki sekolah rendah di desanya. Selepas itu ke sekolah I’dad di Manya Al-Qamh. Beliau meneruskan pengajian di sekolah tsanawiyah di Zaqaziq, setelah tinggal di Zaqaziq selama dua tahun. Beliau pindah ke Cairo dan menyempurnakan sekolah tsanawiyahnya di sana, dan seterusnya melanjutkan pelajaran di university Al-Azhar Cairo, dan tamat pada tahun 1942.

Beliau adalah Syeikh Mustafa Masyhur.

Beliau menyertai Ikhwanul Muslimin lapan tahun selepas penubuhannya iaitu pada 1936. Kisah penyertaan beliau bermula ketika beliau tinggal di Kaherah. Di sana beliau sering ke masjid berhampiran kediamannya. Suatu hari ketika di masjid beliau melihat seorang lelaki sedang menyebarkan risalah tentang ceramah agama di sebuah masjid lain.

Kerana sifat beliau yang sangat cintakan ilmu dan majlis pengajian agama, beliau menghadirkan diri ke majlis itu. Di akhir ceramah , penceramah berkenaan mengumumkan tentang kehadiran seorang lagi tokoh tersohor ke situ untuk menyampaikan ceramah iaitu Imam Hassan Al-Banna. Di pendekkan cerita beliau akhirnya jatuh hati terhadap ceramah dan isu-isu yang dibawa penceramah tersebut. Beliau akhirnya menyertai Ikhwanul Muslimin lapan tahun selepas penubuhannya iaitu pada 1936.

Beliaulah antara yang menjadi tonggak Ikhwanul Muslimin sejak beliau menyertainya. Dalam memperjuangkan amanah agama beliau beberapa kali dipenjarakan iaitu sehingga 19 tahun . Beliau dimasukkan ke dalam penjara tentera ketika berusia 33 tahun. Apabila beliau dihadapkan ke mahkamah tentera, dalam perbicaraan yang tidak sampai tiga minit, beliau telah dijatuhkan hukuman penjara selama 10 tahun. Beliau juga telah dikurung dalam penjara bawah tanah dan kemudiannya ditahan di penjara padang pasir. Bukan itu sahaja beliau juga telah dipukul ratusan ribu kali. Kedua-dua tapak kakinya dipukul dengan sebatang alat keras sehingga menyebabkan tulang di kedua-dua tapak kakinya menjadi reput. Kesan akhirnya, beliau menjadi tempang,

Beliau dipenjarakan semasa pemerintahan Jamal Abd. Nasir. Ketika itu berlaku mehnah yang dikenali sebagai “Mehnah Takyid” ( Dugaan memberi sokongan kepada Presiden Jamal Abdul Nasir yang menghukum mereka, iaitu dengan menggunakan anak-anak Ikhwan yang dipenjara untuk memujuk ayah-ayah mereka menerima tawaran bebas dari penjara dengan syarat menulis beberapa perkataan atas kertas menyokong Jamal Nasir; mehnah =
dugaan, takyid = sokong ).

Beberapa orang dari saudara mara isteri beliau menyuruh anak-anak perempuan beliau pergi ke penjara untuk memujuk ayah mereka agar menulis sokongan dan balik ke rumah bersama mereka tetapi isteri beliau enggan dan memesan kepada anak-anak agar tidak
menunjukkan jemu dan risau lantaran ketiadaan ayah yang panjang. Teruslah si ayah dalam penjara dengan tsabat dan teguh, menolak sebarang sokongan terhadap Sistem yang memenjarakannya.

Kali terakhir beliau dipenjarakan ialah pada 1965-1971. Beliau dibebaskan setelah Anwar Sadat mengambil alih pemerintahan. Ketika itu Anwar Sadat memberi keampunan kepada ramai anggota Ikhwanul Muslimin yang dipenjara termasuk beliau. Walaubagaimanapun, Anwar Sadat cuba menangkapnya kembali selepas beberapa ketika. Untuk menyelamatkan diri, beberapa ketika sebelum penangkapan beramai-ramai dilakukan pada 1971 beliau berhijrah ke Kuwait. Beliau kemudian tinggal di Jerman selama lima tahun dan di sana beliau mengatur gerakan menyebarkan pengaruh Ikhwanul Muslimin ke seluruh dunia.

Beliau pulang ke Mesir ketika Syeikh Umar Tilmisani menjadi Mursyidul Am Ikhwanul Muslimin. Tidak lama kemudian Syeikh Umar Tilmisani meninggal dunia . Jawatan Mursyidul Am kemudiannya diambil-alih oleh Syeikh Hamid Abun Nasr dan Mustafa Masyhur menjadi timbalannya. Setelah Syeikh Hamid meninggal dunia pada tahun 1996, Syeikh Mustafa Masyhur dilantik sebagai penggantinya. Februari 2002 beliau sekali lagi dipilih untuk meneruskan khidmatnya sebagai Mursyidul Am. Pemilihan tersebut dibuat selepas Ikhwan membuat pindaan tempuh khidmat Mursyidul Am kepada enam tahun. Syeikh Mustafa turut diundang menyampaikan ceramah di serata dunia. Bahkan ketika permulaan krisis selepas kemenangan mujahidin di Afghanistan, beliau mengetuai delegasi pemimpin-pemimpin gerakan Islam seluruh dunia pergi ke Kabul untuk mendamaikan kumpulan-kumpulan mujahidin.

Beliau menjalankan amanah memegang jawatan Mursyidul Am yang disandangnya sejak 1996 hinggalah keadaannya yang sudah tidak berdaya lagi pada 29 Oktober 2002. Sejak itu, jawatan berkenaan dipangku oleh Ustaz Makmun Hudhaibi.

Pada 29 Oktober 2002, selepas pulang dari pejabatnya, beliau berehat seketika. Apabila azan Asar dilaungkan, anak perempuannya cuba mengejutkannya daripada tidur. Sebaik terjaga daripada tidur, didapati dirinya begitu tidak bermaya sekali. Beliau diserang sakit. Melihatkan keadaan bapanya, si anak menasihati Syeikh Mustafa supaya menunaikan solat di rumah sahaja. Namun tarbiyyah mantap yang diterimanya menghalang beliau untuk menunaikan sembahyang di tempat selain daripada masjid.

Beliau terus mempersiapkan diri dan pergi menunaikan sembahyang di masjid berdekatan kediamannya. Selepas menunaikan sembahyang, beliau sudah tidak mampu melakukan apa-apa lagi. Orang ramai menghantarkannya ke hospital dan beliau berada di sana selama lebih kurang dua minggu. Pada petang Khamis lalu, beliau menghembuskan nafasnya yang terakhir ketika berumur 83 tahun.


Keesokan harinya, orang ramai berkumpul di Masjid Rabaah Adawiyyah di Madinat Nasr untuk memberikan penghormatan terakhir sebelum beliau dikebumikan. Jalan-jalan sekitar menjadi sesak. Setelah jenazah disembahyangkan, orang ramai berarak menuju ke tanah perkuburan yang terletak 10 km dari masjid berkenaan. Suasana sepi, sedih dan pilu menyelubungi perjalanan ke tanah perkuburan. Tidak ada sebarang laungan atau slogan-slogan seperti perhimpunan yang biasa di anjurkan oleh Ikhwan. Masing-masing hanya berdoa di dalam hati memohon kesejahteraan ke atas pemimpin yang pergi. Sebahagian daripada mereka mengangkat mashaf Al Quran sebagai lambang kepada syiar perjuangan mereka. Perarakan yang dianggarkan disertai oleh 20,000 orang itu turut disertai oleh pemimpin-pemimpin politik termasuk ketua Parti Buruh (pembangkang), Ibrahim Shukri. Walau bagaimanapun Al Jazeerah melaporkan bahawa tidak kelihatan seorang pun pemimpin kerajaan hadir ketika itu.

Walaupun menghadapi pelbagai rintangan dan halangan, Syeikh Mustafa tetap berada di dalam saf perjuangannya dan tidak meninggalkan jamaah sehinggalah beliau menghembuskan nafasnya yang terakhir . Pemergian beliau merupakan satu kehilangan besar buat kita. Namun itu tangisan bukan penyelesaiannya. Syeikh Mustafa Masyhur telah meninggalkan banyak panduan melalui buku-buku beliau. Kita seharusnya boleh mengambil ibrah daripada karya-karya tersebut untuk terus menyuburkan jalan dakwah ini. Semangat kental dan ketabahan beliau harus kita jadikan pembakar semangat agar kita terus thabat di jalan ini insyaAllah.


Hasil Karangan beliau

  1. Al-jihad huwa as-sabil
  2. Tasaulat ala thariq ad-dakwah
  3. Munajat ala at-thariq
  4. Muqawwimat rajulul aqidah ala thariq ad-dakwah
  5. Wihdatul amal al-islami fi al-qatrul wahid
  6. Zaad ala at-thariq
  7. Al-qudwah ala thariq ad-dakwah, ad-dakwah al-fardiyah
  8. Al-hayah fi mihrab as-shalat al-islam huwal al-hall, min fiqh ad-dakwah
  9. Al-qaid al-qudwah wa mutathallibatuhu baina ar-rabbaniyah wal madiyah
  10. Qadhaya asasiyah ala thariq ad-dakwah at-tiyar al-islami wa dauruhu fi al-bina
  11. Qadhiyah azh-zhulm fi dhaui al-kitab wa as-sunnah
  12. Thariq ad-dakwah baina al-ashalah wa al-inhiraf min at-tiyar al-islami ila Sya’b misr
MURSYIDUL AM IKHWANUL MUSLIMIN
1. As Syahid Ustaz Hasan Al Banna (1928)
2. Syeikh Hasan Hudhaibi
3. Syeikh Umar Talmisani
4. Syeikh Hamid Abun Nasr
5. Syeikh Mustafa Masyhur (1996-2002)
6. Syeikh Makmun Hudhabi
7. Dr Mahdi Akef (sekarang)