Seorang lelaki bersama anaknya menaiki kereta api koleje mazowiecki ke warszawa wlochy..
Seketika anak itu kelihatan begitu teruja pabila kakinya melangkah menaiki kereta api. Di tepuk-tepuknya tempat duduk yang berwarna hijau itu dengan gembira.
Ayahnya memandang dari luar dengan senyuman penuh kemesraan..
Kereta api itu mula bergerak sedikit-demi sedikit..
‘ayah!! Tgk kereta api ni dah bergerak lah.. ayah.. bestnya!! ..’
‘Ayah..awan ni bergerak dengan kereta api ni la yah!’
Ayah itu menggariskan senyuman sambil menganggukkan kepala..
Situasi itu menarik perhatian seorang lelaki yang duduk bersebelahan dengan ‘ayah’ itu tadi, dipandangnya ‘ayah’ itu dengan penuh kehairanan..
Apabila gerabak kereta api yang dinaiki anak itu melepasi terowong , hujan gerimis yang mulai turun menarik perhatian si anak.Lalu sekali lagi dijeritnya..
‘ayah!! Ini hujan.. hujan ni ayah’ laung si anak sambil mengeluarkan tangan untuk merasai titisan dingin air hujan itu.mukanya tergambar penuh kegembiraan.
Si ayah itu mengangguk-angguk lagi sambil mengusap anaknya..
‘erm, itu anak awak ye? Dah berapa dah umur dia ha?’
‘ye anak saya.. kenapa encik? Umurnya 21tahun..’
‘saye rasa kamu patut hantar dia ke hospital.. check2 sikit mane yang patut’
‘oh..memang kami dari hospital sebenarnya’
‘patutlah..sakit dia memang macam tu dari kecil?perlu selalu diawasi tu, tak perlulah di bawa ke tempat awam sebegini..’-dengn nada sinis
‘kami baru balik dari hospital, anak saya baru pulih setelah pembedahan pemindahan mata.hari ini adalah hari pertama baginya melihat duniasejak dari kecil..’
*****************************************
kita.. sering terlepas pandang.kadangkala mudah membuat spekulasi tanpa usul periksa. bersangka baiklah, kerna kita tidak tahu apa yang ada di sebaliknya..mungkin yang diam itu sedang berzikir, yang masam itu sedang merenung dosa...
-berat mata memandang, berat lagi bahu memikul
Abu A'shim Hisyam Bin Abdul Qadir Uqdah dalam bukunya pernah menyatakan antara salah satu virus Ukhuwwah ialah Stapylococcus aureus.
eh bukan2, NEGATIVE THINKING dan Juga MENGIKUT PRASANGKA atau dalam kata lain SUUZHON. Sangat setuju!! Dalam persahabatan atau dalam berjemaah HUSNULZHON sangat amat nian la pentingnya.
MUSTAHIL untuk menguatkan sesebuah jemaah atau gerakan jika tiada kepercayaan dan bersangka baik sesama ahli atau pemimpinnya sendiri, apetah lagi untuk mengerakkannya.
Tawarikh membuktikan, cuba tengok contoh di negara kita, Ape dah jadi pada PKR, gaduh sana gaduh sini, oppss, no politic!! eh kejap, ape pulak,politik kan ade dalam ISLAM. haish,pernah bace buku USUL 20? Ape Usul pertama?hurmm..
Contoh je,jangan amik hati ye orang BARISAN NASIONAL ATAU PAKATAN RAKYAT, huhu sebab Saya sokong BARISAN+RAKYAT,
Kalau tiada bersangka baik jadilah tuduh menuduh, bermakan hati, bermasam muka dan akhirnya BREAK, eh bukan-bukan tapi BERPISAH atau keluar jemaah.
Sebab itulah, HUSNULZHON adalah marhalah pertama dalam berUKHUWWAH, betulkan? salah tolong betulkan.
err sape ingat MARHALAH TERTINGGI UKHUWWAH ?? hehe
Kadang-kadang senang sangat nak Suuzhon,kan? pernah tak?pernah tak?hee saya pernah!! tapikan ade dalam Quran cakap..
-Firman Allah swt yang bermaksud :
" Hai orang-orang yang beriman jauhilah kebanyakan prasangka buruk, sesungguhnya sebahagian dari prasangka buruk itu adalah dosa dan janganlah kamu mencari-cari kesalahan orang lain dan janganlah sebahagian kamu mengumpat sebahagian yang lain. Sukakah salah seorang daripada kamu memakan daging saudaranya yang sudah mati, maka tentunya kamu merasa jijik dan bertaqwalahh kepada Allah swt, sesungguhnya Allah maha penerima taubat lagi maha penyayang". (Surah Al-Hujurat : Ayat 12)
Maybe THE BEST THING IS, siasat dulu sesuatu perkara, dan berlapang dadalah. Kang xpasal jadi cam pak cik yang berlagak macam DR diatas, hehe, eh HUSNULZHON OK!! =)
haaa xpun ade satu cara lagi, cakap heart to heart, HATI KE HATI ok?untuk sesama jenis sahaja :-P kerana itu therapy yg terbaek, wah!! xcaye??cubalaaaa.heee
Kita dah senantiasa tahu tatatertib dalam berUKHUWWAH kan, kalau Nak tahu, tanye, Tak puas hati tegurlah dengan baik =). Bace buku VIRUS-VIRUS UKHUWAH jom!!
p/s:waaaaaa, asif kepada kawan-kawan yang sentiasa bertanye bile nak update blog. Asif atas kelemahan saya ini. Jzkk tak terhingga kepada mereka yang sentiasa bagi saya semangat untuk menulis =).Jika saya salah betulkan saya, ingatkan saya =)
Doakan saya untuk exam2 yang berbaris panjang mendatang =)
Diolah dari :http://maznimahirah.blogspot.com













0 comments:
Post a Comment