Tuesday, March 23, 2010

MUNGKIN YANG TERAKHIR

Posted by KaLaM HiJaU

Minggu lepas sy ke hospital menghadiri kelas internal medicine di hospital seperti biasa. Tekun saje sy mendengar celoteh Dr. Jerzy Marek yang sentiasa bersemangat memberi tunjur ajar.


Tepat pkul 11.15 pagi, setelah selesai segala diagnosis pesakit di bilik 8 dibaca kepada kami, Dr. Marek dengan senyumannya yang mesra mengucapkan dziekuje (thank you) dan dowidzenia (good bye).

Tatkala sy dan rakan-rakan melangkah keluar kami terperanjat melihat sekujur tubuh terbaring di depan pintu bilik 8. Dr dan nurse masing-masing cemas melihat keadaan tersebut. Dr Marek bingkas melakukan CPR kpd pak cik berbadan besar yang sedang terbaring di lantai itu. Nurse-nurse berlari2 dengan peralatan mereka untuk membantu. Kami yang baru sahaja mencabut glove terpaksa menyarung kembali dan cuba untuk membantu mereka.

Setelah beberapa kali cubaan untuk menstabilkan jantung gagal, pesakit itu dibawa masuk ke ICU. Dr. Marek kembali mendapatkan kami, dan menerangkan sebab pesakit tersebut pengsan dan apa yang mereka lakukan untuk menyelamatkan pesakit tadi memandangkan sebentar tadi byk arahan dan prosedur bahasa polish digunakan.

Pesakit tersebut collapsed disebabkan oleh Asystole. Penggunaan defibrillation menyebabkan pak cik tadi mengalami ventricular fibrillation dan beberapa masalah lain. Tak larat nak cerita nanti jadi buku medic la pulak.hee. 20 minit pak cik tadi di resuscitate, maknanye 20 minit otaknye tidak mendapat bekalan oxygen. Prognosis yang diberi Dr. Marek, menyatakan pak cik tadi hanya mempunyai sedikit harapan. Dia mungkin akan mengalami kecederaan otak walaupun berjaya sembuh nanti.

2hari kemudian, sebelum kelas bermula, Dr Marek membawa berita sedih kepada kami. Pesakit yang collapsed di depan kami baru2 ini telah meninggal. Sy agak terkejut. Ini kali kedua sy mendengar pesakit2 disini meninggal dunia.

Terngiang2 kata-kata Dr. Marek, "He can't make it although he survived for 2 days after the resuscitation".

MATI, itu yang membuatkan sy tidak tenteram pada ketika itu. Takut memikirkan bila saat itu, entah hari ini, esok atau lusa, siapa tahu. Mungkin giliran kita!! Bila-bila masa. Mungkin di katil, mungkin di jalan raya, dimana sahaja.

Orang-orang yang sentiasa mengingati mati dan bersedia menghadapi mati adalah orang yang paling BIJAKSANA. Nah, betul juga. Tak cukup sekadar ingat. Kita perlu bersedia menghadapinya. Bersedia dengan bekalan, setelah 22 tahun, 45 tahun atau 70 tahun masa diberi.

Teringat bait-bait surah Al-Asr,

وَالْعَصْرِ - إِنَّ الإِنسَـنَ لَفِى خُسْرٍ - إِلاَّ الَّذِينَ ءَامَنُواْ وَعَمِلُواْ الصَّـلِحَـتِ وَتَوَاصَوْاْ بِالْحَقِّ وَتَوَاصَوْاْ بِالصَّبْرِ



Demi Masa!

Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian -
Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar.

Astahgfirullahazim, kita sentiasa leka dan lupa. Allah berfirman, manusia itu sentiasa dalam kerugian, kecuali spt diatas. aik takkan lupe kot.hee

JAM REYES

I/Allah sekadar peringatan untuk kita insan yang senantiasa lupa. MATI akan menjemput kita. Gunakan masa yang ada, jika peluang itu masih ada, MUNGKIN ITU YANG TERAKHIR!!









1 comments:

eda said...

setiap yang hidup pasti akan kembali kpd Nya....