Saturday, March 20, 2010

SINGA YANG LUPA SIAPA DIRINYA

Posted by KaLaM HiJaU

Diolah dari sebuah buku Muhd. Ar-Rasyid


Hari ini kita telah dilekakan. Kita dihancurkan dengan pelbagai rancangan rapi dari negara-negara barat. Umat Islam dibunuh, diserang, ditindas, hidup miskin melarat, iman mereka lemah, neraca kehidupan mereka berputar dan hukum al-quran ditolak ketepi.

Musuh-musuh kita mendidik anak-anak orang Islam dengan pandangan hidup yang jauh menyimpang dari Islam dengan pelbagai nama dan selubung.

Itulah seni lawan dan taktik mereka. Taktik-taktik kotor, memerangi masjid dengan ballroom, menyerang akidah dengan professor2 free thinker dan menewaskan seni wira dengan seni hedonisme.

Dengan ini mereka berjaya 'mentransformasi' anak SINGA menjadi KIJANG yang pengecut.
Generasi baru keturunan pejuang dan anak-anak singa dididik supaya tunduk kepada syahwat dan karam dalam keseronokan seks dan hiburan hidup. Sejarah kehebatan umat Islam dipadamkan, kisah para ulama dihapuskan kerana bimbang ia akan menjadi lampu penyuluh untuk generasi baru muslim kini.

Photobucket


Begitulah apa yang digambarkan kepada kita oleh Muhd A-Rasyid. Malah ape yang ditulis beliau begitu tepat sekali. Umat Islam sekarang dilekakan dengan pelbagai cara. Matlamat dan cara hidup umat Islam jauh menyimpang. Sehingga umat Islam sendiri tidak memahami Islam dan peranan mereka. Islam hanya dipraktikkan untuk beribadat.

Jika kita telusuri teladan sirah Rasulullah saw. Akan kita dapati bagaimana Islam membawa rahmat kepada umat ketika itu. Bagaimana Islam juga pernah mengecapi kegemilangan menakluki 2/3 dunia semasa zaman Kerajaan Abassiyah.

Kita perlu kembali kepada Islam yang sebenar agar kejayaan dan kegemilangan milik Islam akan kita kecapi kembali.

dan kami hendak memberi kurnia kpd orang2 yang tertindas di bumi (mesir) itu, dan hendak menjadikan mereka pemimpin dan menjadikan mereka orang2 yang mewarisi bumi.
(Al-Qasas 28:5)

Sesungguhnya Allah berfirman untuk melantik kita umat Islam menjadi pemimpin dan pewaris bumi ini, namun dek ketidak upayaan dan kelemahan, kita tidak diangkat menjadi org yang memimpin.

Sebagai contoh mana mungkin orang yang tidak punyai sebarang kelayakan kedoktoran mendapat kerja sebagai seorang doktor di sesebuah hospital. Maksudnya kita perlu kembali kepada 'millah' Islam yang sebenar agar kita layak untuk menjadi pemimpin.

Teliti kembali sejarah Umat Islam dahulu. mereka berjaya mencapai tamadun kerana mereka mengamalkan apa yang dibawa Islam. Tidak lupa juga teliti faktor kejatuhan umat Islam dahulu agar kita dapat perbaiki dan tidak mengulanginya.

Sesungguhnya ini adalah sunnatullah,

Demikianlah hukum Allah yang telah berlaku sejak dahulu, kamu sekali-kali tidak akan menemukan perubahan pada hukum Allah itu. (Al-Fath 48:23)

Ayuh, bangkitlah!!


long_live_islam.jpg pejuang image by layanpii

4 comments:

Anonymous said...

Jom bangkit jd "singa" yg garang

KaLaM HiJaU said...

jom bagkit!!

ikut tarbiyyah, kejutkan saudara2 kita yang sedang lena..

delima said...

yosh!! jum2!

delima said...

yosh!! jum2!