Tuesday, March 15, 2011

MUSLIM LIFE

Posted by KaLaM HiJaU



baitul muttaqin

Credit to Maher Din =)

Saturday, March 5, 2011

WORLD COULD BE BETTER

Posted by KaLaM HiJaU

“Sesungguhnya manusia diciptakan bersifat keluh kesah lagi kikir”
(Surah al-ma’arij [70];19)

Sudah memang tabiatnya manusia, akan ada saja yang tak kena. Panas tak kena, hujan pun tak kena. Miskin tak kena, bila kaya pun tak kena. Kemudian, mula sibuk mempertanyakan, kenapa hukum yang ni gini? Kenapa yang ni Tuhan jadikan gitu? Bila kita guna cara ini, mula dok tanya kenapa tak ikut cara yang itu? Kalau kiranya kita guna cara yang itu, tetap saja akan bertanya juga, kenapa tak ikut cara yang ini? Umpama kisah dua orang anak beranak yang mengembara bersama keldainya.

Artikel ini ditulis bukan untuk membahaskan secara ilmiah cara terbaik menyampaikan kritikan, cuma sekadar berkongsi pengetahuan akan cara dua orang tokoh dan da’ie besar bernama Hassan al-Banna dan Syeikh Muhammad al-Ghazali menyampaikan kritikan. Satu sebagaimana diceritakan oleh Ustaz Umar Tilmisani (Mursyidul am ke-3 Ikhwan), sedang yang satu lagi sepertimana yang diceritakan oleh Prof Dr. Yusuf al-Qaradhawi.

Mudah-mudahan teknik dan kaedah yang digunakan oleh dua ulamak agung ini, menjadi panduan dan pedoman bagi kita bersama dalam mempertahankan dan mengagungkan agama Islam yang tercinta. Amat malang dan amat sayang dengan keadaan umat Islam kita pada hari ini. Ada yang mahu memperjuangkan Islam, tapi berhujah dan berdalil dengan logika akal semata-mata, sehingga memungkin dirinya terkelompok ke pasukan ar-Ruwaibidoh[1] yakni mereka yang mahu bercerita tentang Islam, tetapi tidak berdasarkan prinsip ilmunya. Mereka mahu membicarakan tentang hukum, tetapi tidak bersandar pendapat para ulamaknya, sama ada secara terus kepada nukilan Imam Mazhab seperti kitab al-‘Uum, al-Muwattho’, dan sebagainya, mahupun ulamak yang terkemudiannya seperti Fikih Sunnah atau al-Mufasshal atau Nailul Authar, Bulughul Maram lain sebagainya. Mereka mahu berfatwa tentang “hikmah”, tetapi tidak pernah merujuk akan maksud perkataan itu di dalam kitab-kitab tafsir, atau perbahasan ulamak-ulamak hadith, atau mengkaji nukilan-nukilan da’ie Islam yang agung seperti Hassan al-Banna, Fathi Yakan, Syed Qutb, Yusuf al-Qaradhawi, Abbas as-Sissiy, Mustafa Muhammad Thahan, dan ramai lagi.

Lihatlah bagaimana Syeikh Muhammad al-Ghazali misalnya mengkritik pandangan penulis-penulis lain, sepertimana yang diceritakan oleh Dr Yusuf al-Qaradhawi:
“Tak lama setelah itu, terbit lagi satubuku Syaikh al-Ghazali yang isinya menolak pendapat-pendapat yang menyerang Islam. Buku ini berjudul At-Ta;asshub wa at-Tasamuh baina al-Masihiyyah wa al-Islam. Buku ini adalah jawapan terhadap buku dari salah seorang Kristien Kopti yang memojokkan dan menjelek-jelekkan Islam. Al-ghazali tidak menyebut judul buku dan siapa penulisnya hingga orang itu meninggal dunia. Al-Ghazali hanya menyebut bahawa penulisnya adalah seorang pejabat penting pemerintahan…”[2]

Terkadang, bila kita mengkritik seseorang seraya menyebut namanya, ia akan berkecil hati dan memaparkan bahawa kita tidak berhikmah di dalam menegurnya. Tetapi terkadang, ketika kita menyampaikan kritikan itu secara umum, seperti yang disampaikan oleh al-Ghazali, tetap saja wujud ungkapan kekecewaan, hanya lantaran “siapa makan cili, dia terasa pedas” walhal yang seharusnya kita lakukan ialah merenung dan muhasabah diri kita, seterusnya segera kembali kebenaran yang dihidangkan.

Lalu, dai’e agung Islam mengajarkan lagi, bagaimana mensikapi golongan jahiliyun yang kemudiannya melenting bila dihidangkan dengan kebenaran beserta hujah dan dalil yang nyata.
“Cuma, satu perkara yg agak berlainan dgn syeikh muhammad al-Ghazali dan al-Qardhawi ini, di mana mereka tidak menjawab kritikan atau tuduhan2 berat yg dilemparkan ke atas beliau. Memang ada buku2 yg diterbitkan dan artikel2 yg mencacatkan pendapat beliau di dalam buku2nya. Tetapi beliau tidak menulis sebuah buku khas utk menjawab kritikan itu. Bila ditanya kenapa syeikh tak jawab, katanya, kalau dia menjawab, nanti akan timbul pula jawapan balas, dan begitulah seterusnya tanpa ada kesudahannya. Sedangkan dia mempunyai banyak komitment lain yg lebih penting dari menjawab kritikan2 itu.”
[3]

Inilah pemahaman mereka terhadap ajaran Ilahi di dalam kalam-Nya yang agung:
“Dan hamba-hamba Tuhan Yang Maha Penyayang itu (ialah) orang-orang yang berjalan di atas bumi dengan rendah hati dan apabila orang-orang jahil menyapa mereka, mereka mengucapkan kata-kata yang baik.”
(Sutah al-Furqan [25]:63)

“Jadilah engkau pemaaf dan suruhlah orang mengerjakan yang makruf, serta berpalinglah daripada orang-orang yang bodoh.”
(Surah al-A’raf [7]:199)

Andainya yang menerima kritikan itu sang jahil, yang tetap terus mahu membahaskan secara panjang lebar akan sesuatu perkara yang telah diperincikan hukumnya dengan dalil dan hujah yang nyata, maka usahlah dilayan akan sasaunya itu. Kita ada urusan lain yang jauh lebih penting untuk kita tangani. Biarkanlah mereka dengan sasaunya itu, seraya mendoakan mudah-mudahan ALLAH memberikan mereka petunjuk.

*Penulis adalah seorang engineer di sebuah syarikat power plant dan sedang mengambil Sijil Pengajian Syariah di salah sebuah universiti awam tempatan.
*Artikel ini turut tersiar di www.al-ahkam.net.

RUJUKAN

1 Artikel “Bahaya Golongan al-Ruwaibidoh” oleh Dr. Mohd Asri Zainol Abidin di website Dewan Pengajian Ibnu Qayyim (http://www.ibn-qayyim.info/qaiyyim/utama.php) juga website al-ahkam (http://www.al-ahkam.net/)
2 Dr. Yusuf Qardhawy, “Syaikh Muhammad al-Ghazali Yang Saya Kenal (Saikh al-Ghazali Kamaa Araftuhu: Rihlatu Nishfi Qarnin)”, Robbani Press (1998), hlm. 21
3 Topik “Penjelasan sekitar perselisihan ulama Salafi dan Ikhwan” di al-ahkam.net (http://www.al-ahkam.net/forum2/viewtopic.php?t=2526&highlight=mutazilah)


Thursday, February 24, 2011

AMBILLAH ADRENERGIC AGONIST

Posted by KaLaM HiJaU


(blogging didepan aula B disaat surgeon tak boleh masuk kelas mengajar)
Ditimpa musibah itu ujian, namun nikmat pemberian itu juga ujian.Nikmat Allah tu berbagai-bagai, tak cukup keyboard untuk ditaip, kesihatan, masa, harta, tenaga, kecantikan, kebijaksanaan dll.

Ramai yang setuju lebih mudah untuk kita tabah bila susah dan tapi sangat susah untuk tabah dan bersyukur bila senang. Sebab bila susah boleh diibaratkan symphathetic system kita activate dan terjadila 'fight n flight' response berbanding apabila kita senang parasympathetic akan meletakkan kita dalam keadaan sleep@rest dan unaware untuk segala bentuk ujian.

"(Pemberian yang demikian) untuk Kami menguji (dan menzahirkan bawaan dan keadaan) mereka dalam menikmati apa yang Kami berikan itu (adakah mereka bersyukur dan tetap betul menurut Islam); dan (ingatlah), sesiapa yang berpaling dari mengingati Tuhannya, (dengan berlaku ingkar - derhaka, maka) Tuhan akan memasukkannya ke dalam azab yang memuncak beratnya. (al-jinn:18)

Allah semata-mata menganjarkan kita untuk menguji kita dan meletakkan kita lebih tinggi tapi kalau kita tak cemerlang ke lautlah jawapnya.

Jadi kesimpulan dari ayat ini, ambilah adrenergic agonist disaat anda dalam keadaan parasympathetic atau dengan kata lain, berhati-hatilah,gunakan nikmat kurniaan Allah swt disaat ianya melimpah agar kita tidak kufur pada-Nya


A journey of a thousands miles must begin with a single step!!

Monday, February 21, 2011

TERUS TEGAR

Posted by KaLaM HiJaU

  Daya tahan dalam lapangan medan dakwah sangat dipengaruhi oleh kekuatan dan kelurusan motivasi. Bersihnya motiasi kerana Allah swt akan menyebabkan para daie tidak memiliki ambisi duniawi. Mereka akan lebih mengharapkan balasan Allah swt ke atas segala amalan yang dilakukan tidak terpengaruh semangat untuk mendapat nama,pangkat dan sebagainya.

Lihat sahaja contoh yang ditunjukkan oleh Khalid Al-Walid disaat beliau diturunkan pangkatnya oleh Umar dari seorang panglima perang kepada perajurit biasa. Bagi jeneral kebanyakan yang hidup di zaman sekarang penurunan pangkat seperti itu sangat menyakitkan. Berapa ramai yang akan bangkit memberontak dan melawan kerana tersinggung atas proses tersebut. Tetapi Khalid tegar dan tetap berjihad, “saya berjihad kerana Allah swt bukan kerana Umar”, ungkapnya

ikhlas
Ikhlas memiliki pengertian bersih dari segala noda dan menjadikan murni tanpa kotor sedikitpun. Orang yang ikhlas kepada Allah swt adalah mereka yang menjadikan segala amalnya kerana Alla semata-mata tanpa muatan syirik, riak dan angkuh. Demikian orang yang ikhlas sebagaimana dipetik dari Al-Quran:


Dan janganlah kamu menjadi seperti orang-orang yang keluar dari kampungnya dengan angkuh dan dengan maksud riak kepada manusia serta menghadapi (orang) dari jalan Allah. Dan ilmu Allah meliputi apa yang mereka kerjakan. Al-Anfal:7


Photobucket

Dalam konteks ibadah ini, ikhlas memiliki kedudukan yang penting, kerana menentukan diterima tidaknya ibadah seseorang. Rasulullah saw memperjelas kedudukan ikhlas dalam pelaksaan ajaran Islam dengan sabda baginda :


Segala amalan adalah berdasarkan niat. Setiap orang hanya mendapat apa yang diniatkan. Justeru, sesiapa yang penghijrahannya adalah menuju kepada Allah dan RasulNya, maka penghijrahannya adalah penghijrahan kepada Allah dan RasulNya. Sesiapa yang penghijrahannya kerana dunia yang bakal diperolehi atau kerana wanita yang bakal dikahwini maka penghijrahannya adalah penghijrahan menuju kepada apa yang dingininya”.Hadis Sahih Bukhari dan Muslim



Demikian pula, Rasulullah saw bersabda,
Sesungguhnya Allah tidak memandang bentuk dan harta kamu, tetapi ia memandang hati dan amal kamu. (HR Muslim)


Syaikhul Islam Ibnu Taimiyyah menyebutkan bahawa amal Soleh baik yang wajib mahupun yang sunat perlu disertai dengan niat yang ikhlas kerana Allah semata. “Jika ilmu tanpa amal itu berguna maka mengapa Allah swt mencela para rahib ahli kitab dan jika amal tanpa ikhlas itu berguna mengapa Allah mencela kaum munafik?” kata beliau.
ikhlas 2


Mencapai Darjah Ikhlas


Ternyata tidak mudah untuk mendapatkan tingkatan ikhlas ini. Perlu usaha yang sungguh-sungguh dan terus menerus dalam upaya mendapatkan hati yang ikhlas serta berserah diri secara total kepada Alla swt. Ada beberapa petunjuk yang disyorkan untuk mencapai ikhlas, antaranya:


Sentiasa Memperbaharui Niat


Masalah niat ini sangat mendasar bagi setiap pekerjaan. Oleh kerana itu, harus sentiasa dijaga seluruh  niat dalam beramal agar tidak melencong dari tujuan ibadah itu sendiri. Untuk itulah banyak sekali tuntutan doa dalam melakukan kegiatan seharian. Islam mengajar kita untuk berdoa sebelum dan selepas makan,sebelum dan setelah tidur dan lain-lain.

Keseluruhan doa itu adalah antara usaha memperbaharui niat agar sentiasa lurus tidak menyimpang dalam pelaksaannya. Setiap kali sebelum memulai sesuatu selalu diawali dengan niat adalah cara  menanamkan keikhlasan dalam jiwa kita semua.

Demikian juga dalam kegiatan dakwah. Hendaknya para daie selalu memperbaharui niat, bahawa ia tidak mengharapkan balasan dunia, bukan mengejar kedudukan, harta, pangkat, kemewahan atau kebanggaan tertentu. Namun ia melaksanakan seluruhnya kerana Allah semata untuk mencapai redha-Nya, untuk memasuki Syurga-Nya.


Berusaha Keras Menunaikan Kewajipan


Kadang-kadang kita menemukan fenomena kemalasan dalam melaksanakan ibadah, atau malas tatkala ingin menyempurnakan amanah dakwah. Jika perasaan malas ini dibiarkan berkembang, yang terjadi adalah penyimpangan orientasi. Seseorang itu akan menganggap enteng/mudah menunaikan sesebuah kewajipan, pada akhirnya terbiasa melalaikan dan akhirnya meninggalkannya sama sekali.


Jika telah terjadi fenomena seperti ini, kadang-kadang seseorang melakukan solat atau puasa kerana kebiasaan. Muncullah perasaan solat dan puasa sekadar ingin menjaga kebiasaan seorang Islam. Sebagaimana seorang daie yang melakukan amal dakwahnya semata-mata kerana ukuran kebiasaan seorang daie tanpa disertai ruh semangat dan kecintaan dalam melaksanakannya.


Allah swt berfirman :
Dan orang-orang yang berjihad untuk (mencari keridhaan) kami, benar-benar akan kami tunjukkan mereka jalan-jalan kami. Dan sesungguhnya Allah benar-benar beserta orang-orang yang berbuat kebaikan. (Al-ankabut:69)


Berusaha Keras Mewujudkan Kecintaan Kepada Allah


Kecintaan kepada Allah bukanlah hal yang boleh muncul dengan sendirinya dalam jiwa setiap manusia. Setiap manusia beriman haruslah berusaha mewujudkan kecintaan kepada Allah swt kerana hanya dengan itu amal akan mudah diterima disisi-Nya. Allah swt berfirman :

Katakanlah, “ Jika kamu (benar-benar) mencinta Allah,ikutilah aku, nescaya Allah mengasihi dan mengampuni dosa-dosamu. Allah maha pengampun lagi maha penyayang.” Katakanlah, “Taatilah Allah dan Rasul-Nya,jika kamu berpaling maka sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang kafir.” (Al-imran:31-32)


Cuba kita selami mujahadah Mus’ab bin Umair dalam rangka meraih kecintaan kepada Allah. Mus’ab adalah seorang pemuda tampan wajahnya, hidup dalam lingkungan serba sempurna. Ibunya, Khunas binti Malik, amat marah saat mendengar berita pengislaman Mus’ab. Dipenjarakannya Mus’ab sdi suatu ruangan supaya meninggalkan Islam. Mus’ab tinggal dipenjara sampai ketika dia berjaya meloloskan diri untuk ikut berhijarah ke Habsyah bersama para sahabat Rasulullah saw yang lain. Ditnggalkan segala kemewahan yang beliau miliki ketika itu.


Orang meberinya gelaran Mus’ab Al-Khair. Semenjak keluar dari rumah dan bergabung dengan kaum muslimin berbagai ujian berat dihadapinya. Suatu hari beliau tampil di hadapan beberapa sahabat yang sedang duduk mengelilingi Rasulullah saw. Di saat melihat kedatangan Mus’ab mereka menundukkan kepala dan memejamkan mata, sementara beberapa orang sahabat matanya basah, tidak sanggup untuk melihatnya.


Mereka melihat Mus’ab memakai jubah usang bertampal-tampal,padahal sebelum masuk Islam begitu indah pakaiannya. Bersabda Rasulullah saw, “Dahulu saya melihat Mus’ab ini tiada siapa yang boleh menandinginya dalam memperoleh kesenangan dari orang tuannya, kemudian ditinggalkan segalanya demi cintanya kepada Allah dan Rasul-Nya.

Merasakan Pengawasan Allah


Hendaklah para daie sentiasa merasakan adanya pengawasan Allah dalam setiap kegiatan kehidupan. Rasulullah saw ditanya malaikat jibril tentang makna ihsan, beliau memberikan pengertian, “engkau mengabdikan diri kepada Allah seakan-akan engkau melihat Dia,Jikalau tidak dapat melhat Dia sesungguhnya Dia melihat kamu.” (HR muslim)

Dari Hadis tersebut, dalam diri setiap muslim/daie itu perlu ada sifat ma’iyatullah atau kebersamaan dengan Allah. Sikap merasa senantiasa dalam pngawasan Allah swt dalam seluruh sisi kehidupan. Tiada suatu sisi pun yang lalai dari pengawasan Rabbul alamin

Firman Allah swt:
Tidakkah engkau memikirkan, bahawa sesungguhnya Allah mengetahui segala yang ada di langit dan yang ada di bumi? Tiada berlaku bisikan antara tiga orang melainkan Dia lah yang keempatnya, dan tiada (berlaku antara) lima orang melainkan Dia lah yang keenamnya, dan tiada yang kurang dari bilangan itu dan tiada yang lebih ramai, melainkan Ia ada bersama-sama mereka di mana sahaja mereka berada. Kemudian Ia akan memberi tahu kepada mereka - pada hari kiamat - apa yang mereka telah kerjakan. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu. (Al-Mujadillah:7)

Semasa dua malaikat (yang mengawal dan menjaganya) menerima dan menulis segala perkataan dan perbuatannya; yang satu duduk di sebelah kanannya, dan yang satu lagi di sebelah kirinya. Tidak ada sebarang perkataan yang dilafazkannya (atau perbuatan yang dilakukannya) melainkan ada di sisinya malaikat pengawas yang sentiasa sedia (menerima dan menulisnya). (Al-Qaaf:17-18)

Padahal sesungguhnya, ada malaikat-malaikat yang menjaga dan mengawas segala bawaan kamu, (Mereka adalah makhluk) yang mulia (di sisi Allah), lagi ditugaskan menulis (amal-amal kamu);Mereka mengetahui apa yang kamu lakukan. (Al-Infithar:10-12)


Terdapat perbezaan besar antara orang yang merasa senantiasa dalam pengawasan Allah dengan mereka yang tidak merasa ada pengawasan dari-Nya. Orang yang merasa hidupnya sentiasa diawasi Alla swt akan sentiasa berjalan hati-hati dalam meniti hidup serta dakwahnya. Mereka mengerjakan Amal soleh tidak dihanya khalayak umum tetapi juga dikala sepi dan sendiri. Sedang orang yang tidak merasa diawasi Allah swt akan berbuat sesuka hati dalam kehidupannya, merasa tenang ketika berbuat dosa dan memiliki rasa takut hanya kepada penguasa dunia.


Sebelum berhenti mencoret, saya selitkan di sini kisah Amirul Mukminin Umar Al-Khattab r.a dengan penjual susu agar menjadi teladan abadi kepada kita tentang tingginya nilai ihsan itu.



Umar r.a terdengar perbualan antara dua beranak yang menjual susu semasa rondaan beliau diwaktu malam, “ Campur saja susu itu dengan air supaya kita dapat untung yang lebih”, ujar ibu kepada anak penjual susu tersebut.”Tidak boleh bu, Amirul Mukminin melarang kita mencampur susu yang akan dijual dengan air “, jawap anaknya.
susu

“Tetapi semua orang buat nak,campur sajalah. lagipun Amirul Mukminin tidak nampak apa yang kita buat ni,” ujar ibunya pula. “Bu sekalipun Amirul Mukminin tidak mengetahui, tetapi Rabb dari Amirul Mukminin pasti mengetahui!!” ujar anaknya kembali.

MasyaAllah. ucapan ini membuat Umar r.a yang mengintai telatah dua beranak ini berderai air mata. Alangkah mulianya jika setiap Muslim menghiasi kehidupannya dengan jiwa ma’iyatullah.



Wallahualam.

Tuesday, February 15, 2011

SALAM MAULIDUR RASUL

Posted by KaLaM HiJaU


Alhamdulillah, segala puji kita rafakkan kepada Allah swt yang telah memberikan pelbagai nikmat kepada kita, Selawat dan salam buat junjungan besar tercinta Nabi Muhammad SAW, penutup sekalian para nabi dan rasul, penunjuk jalan al-haq dan daie sepanjang jalan.


Photobucket




Tanggal 12 Rabiulawal adalah hari kelahiran baginda Rasulullah Saw. Keputeraan Rasulullah dan pengutusan baginda kepada kita merupakan satu nikmat kubra buat umat sejagat. Kelahiran baginda mengeluarkan manusia dari zaman gelap Jahiliyyah  kepada hidup penuh peradaban yang dicari-cari ketika itu. Baginda membawa sinar disaat dunia ketika itu penuh dengan kefasadan jahiliyyah sifat assabiyyah, penyembahan berhala, zina, dan membunuh anak.


Rasul-rasul adalah pembawa berita gembira dan pemberi peringatan, agar tidak ada alasan bagi manusia untuk membantah Allah setelah Rasul-rasul itu diutus (4:165)

Saban tahun kita menyambut dan mengenang kelahiran baginda SAW. Namun harus kita bertanya kepada benak fikiran kita sejauh mana kita telah mencontohi dan mengimplimentasi pusaka peninggalan baginda SAW di dalam kehidupan kita. Adakah kita telah melaksanakan tanggungjawab untuk menyebarkan kalimah syahadah yang diwasiatkan baginda kepada kita?
Bersungguhkah kita dalam mentarbiyyah diri mengikut acuan uswatun hasanah yang telah ditinggalkan oleh Baginda SAW atau kita masih berat tulang untuk mengikutinya.




Sungguh pasti akan kami tanyakan kepada umat yang telah mendapat seruan (dari rasul-rasul) dan kami akan tanyakan pula para rasul (7:6)

Dan demikian pula kami telah menjadikan kamu umat pertengahan agar kamu menjadi saksi atas manusia dan agar Rasul menjadi saksi atas kamu (2:143)


Di sempena Maulidur rasul ini marilah kita menggali semula mutiara keindahan hidup baginda SAW. Mari kita susuri dan teladani qudwah dakwah dan perjuangan baginda bagi kita memacu semula gerakan pencerahan dan pembangunan semula satu nahdah (peradaban).


Photobucket




Selamat Menyambut Maulidur Rasul. Bersama-sama kita tingkatkan kecintaan pada baginda SAW ,dengan menelusuri seerah baginda dan seoptima mungkin untuk mempraktikkannya. Semoga dengan kedatangan Maulidur rasul ini menguatkan dan merecharge kembali semangat dan gerak kerja kita dalam menjadi penyambung dan penerus tanggungjawab yang telah Rasulullah SAW tinggal kepada kita.

Tuesday, February 8, 2011

BERUKHUWWAH HINGGA KE SYURGA

Posted by KaLaM HiJaU

Salman Al Farisi sudah sampai waktu untuknya bernikah. Seorang wanita Ansar yang dikenalnya sebagai wanita mukminah lagi solehah juga telah mengambil tempat di hatinya. Tentu saja bukan sebagai kekasih. Tetapi sebagai sebuah pilihan dan pilihan yang dirasa tepat. Pilihan menurut akal sihat. Dan pilihan menurut perasaan yang halus, juga roh yang suci.


cinta


Tapi bagaimanapun, dia merasa asing di sini. Madinah bukanlah tempat kelahirannya. Madinah bukanlah tempatnya membesar dewasa. Madinah memiliki adat, rasa bahasa, dan rupa-rupa yang belum begitu dikenalnya.Dia berfikir, untuk melamar seorang gadis tempatan tentu menjadi sebuah urusan yang pelik bagi seorang pendatang. Harus ada seorang yang akrab dengan tradisi Madinah berbicara untuknya dalam khitbah.

Maka disampaikannyalah gelegak hati itu kepada sahabat  Ansar yang dipersaudarakan dengannya, Abu Darda’. ”Subhanallaah.. walhamdulillaah..”, girang Abu Darda’ mendengarnya. Mereka tersenyum bahagia dan berpelukan. Maka, setelah persiapan dirasa cukup,beriringanlah kedua sahabat itu menuju sebuah rumah di penjuru tengah kota Madinah. Rumah wanita yang solehah lagi bertaqwa tersebut.

”Saya adalah Abu Darda’, dan ini adalah saudara saya Salman seorang Persia. Allah telah memuliakannya dengan Islam dan dia juga telah memuliakan Islam dengan amal dan jihadnya. Dia memiliki kedudukan yang utama di sisi Rasulullah SAW, sampai-sampai beliau menyebutnya sebagai ahli bait-nya. Saya datang untuk mewakili saudara saya ini melamar puteri Anda untuk dipersuntingnya.”, fasih Abu Darda’ bicara dalam logat Bani Najjar yang paling murni.

”Adalah kehormatan bagi kami”, ucap tuan rumah, ”Menerima Anda berdua, sahabat Rasulullah yang mulia. Dan adalah kehormatan bagi keluarga ini bermenantukan seorang sahabat Rasulullah yang utama. Akan tetapi hak jawab ini sepenuhnya saya serahkan pada puteri kami.” Tuan rumah memberi isyarat ke arah hijab yang di belakangnya sang puteri menanti dengan segala debar hati.

”Maafkan kami atas keterusterangan ini”, kata suara lembut itu. Ternyata sang ibu yang berbicara mewakili puterinya. ”Tetapi kerana Anda berdua yang datang, maka dengan mengharap redha Allah saya menjawab bahawa puteri kami menolak pinangan Salman. Namun jika Abu Darda’ kemudian juga memiliki urusan yang sama, maka puteri kami telah menyiapkan jawapan mengiyakan.

Jelas sudah. Keterusterangan yang mengejutkan, ironis, sekaligus indah. Sang puteri lebih tertarik kepada pengantar daripada pelamarnya!Sangat mengejutkan dan ironis. Tapi saya juga mengatakan indah kerana satu alasan iaitu reaksi Salman. Bayangkan sebuah perasaan, di mana cinta dan persaudaraan bergejolak berebut tempat dalam hati. Bayangkan sebentuk malu yang membuncah dan bertemu dengan gelombang kesedaran, bahwa dia memang belum punya hak apapun atas orang yang dicintainya.Mari kita dengar bicara Salman ketika itu.

”Allahu Akbar!”, seru Salman, ”Semua mahar dan nafkah yang kupersiapkan ini akan aku serahkan pada Abu Darda’, dan aku akan menjadi saksi pernikahan kalian!”

(Sergapan Rasa Memiliki, Salim A Fillah, Jalan Cinta Para Pejuang)



love for Allah


Sangat indah kan, ukhuwwah yang sangat teguh, hebat dan manis =) sangat kagum dengan para sahabat. Alangkah bagusnya jika kita dapat mencontohi para sahabat ini dalam berukhuwwah. Saling menerima, membantu dan berlapang dada dalam menjalani kehidupan dan bekerja bersama sahabat.

Allah SWT menjanjikan ganjaran yang sangat besar sehinggakan disebut dalam hadis seperti dibawah ini,

Daripada Umar Al Khatab r.a. Bahawasanya Rasulullah saw bersabda:
“Sesungguhnya di kalangan hamba-hamba Allah terdapat satu golongan yang bukan para nabi dan juga bukan para syuhada’ akan tetapi dicemburui oleh para nabi dan syuhada’ terhadap kedudukan mereka di sisi Allah pada hari kiamat kelak. Sahabat bertanya: Wahai Rasulullah, beritahulah kami siapakah mereka? Jawab baginda: Mereka adalah golongan yang berkasih sayang dengan semangat cintakan Allah dan bukan kerana tali persaudaraan, atau harta benda. Demi Allah, sesungguhnya wajah-wajah mereka bercahaya. Dan mereka berada di atas cahaya. Mereka tidak takut ketika manusia lain berasa takut. Mereka juga tidak sedih ketika manusia lain berasa sedih”.


Kemudian Rasulullah membaca ayat ini :
“ألا إن أولياء الله لا خوف عليهم ولا هم يحزنون”
“Sesungguhnya wali-wali Allah itu tiada ketakutan dan tidak berasa sedih”. Diriwayat oleh Abu Daud.
Rasulullah juga bersabda dalam satu hadis lain :
“Sesungguhnya Allah berfirman pada hari kiamat : Dimanakah golongan yang berkasih sayang kerana kemuliaanKu? Pada hari ini Aku payungi mereka di bawah payunganku pada hari yang tiada perlindungan kecuali dari Aku”. Hadis riwayat Muslim.
Imam syahid Hassan Al-Banna semasa hidup beliau menyatakan salah satu kekuatan umat Islam ialah Ukhuwwah sesama mereka. Jadi kawan-kawan untuk kita mengembalikan kehebatan Islam yang telah hilang,amat penting bagi kita menyemai benih ukhuwwah sesama kita. Agar setiap pekerjaan atau rancangan yang kita rencanakan berjalan seperti yang dirancang. Seperti dalam Al-Quran,
Sesungguhnya Allah mencintai orang-orang yang berperang di jalan-Nya dalam barisan yang teratur, mereka seakan-akan seperti suatu bangunan yang tersusun kukuh. (61:4)
Kesimpulannya, ukhuwwah boleh diibaratkan seperti simen kepada batu-bata (ahli) dalam sesebuah bangunan (jemaah). Tanpa ukhuwwah yang mantap sesama kita maka rapuhlah bangunan tersebut. Selamat beramal!!




JAUHKAN MEREKA!!

Posted by KaLaM HiJaU



Tahukah anda King Louis IX pernah memimpin angkatan tentera salib semasa perang Salib ke-7, beliau tewas dan kemudiannya ditangkap dan ditahan di dalam rumah di bandar Egypt.


Photobucket


Dari situ beliau membuat pemerhatian tentang gaya hidup,budaya dan amalan umat Islam pada masa itu. Beliau dibebaskan selepas kerajaan perancis membayar tebusan sebanyak 400,000 livres tournois (sumber wiki).


Beliau kembali dengan catatan yang masyhur untuk mengalahkan umat Islam. Antara strategi penting yang yang ditekankan dalam catatan beliau ialah, umat ISLAM hanya akan dapat dikalahkan dengan MENJAUHKAN mereka dari Al-QURAN.


Rentetan dari catatan inilah timbulnya berbagai-bagai cara perang saraf (ghazwul fikr) untuk merosak dan menghancurkan umat Islam.


Jadi bagaimana pada pendapat anda, King Louis IX pun mengakui kekuatan kita terletak pada pegangan kita pada Al-Quran.


Jadi jom sama-sama baca Al-Quran, fahami dan amalkan

BACAKAN AKU SEPOTONG AYAT

Posted by KaLaM HiJaU



Sangat tertarik bile first tyme bace hadis ni. Lebih bermakna dan terasa kerana sekarang saya tinggal bersama 10 orang ikhwah. Jom bace,walaupun agak panjang tapi sangat best dan klaka =).

dakwah,cinta



Diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a. “Demi Allah yang tidak ada sekutu bagi-Nya, (terkadang) aku tidur di atas tanah dengan perut lapar dan (terkadang) aku ikatkan sebuah batu ke perutku untuk menahan lapar. Suatu hari aku duduk di jalan yang biasa dilalui mereka (Nabi S.A.W dan para sahabatnya). Ketika Abu Bakar melintasi, aku memintanya membacakan untukku sebuah ayat Al-Quran dan aku memintanya hanya dengan maksud barangkali dia dapat menghilangkan rasa laparku, tetapi dia pergi begitu sahaja.

Kemudian Umar melintasi di depanku dan aku memintanya membacakan sebuah ayat dari kitab Allah, dan aku memintanya hanya dengan maksud barangkali dia dapat menghilangkan rasa laparku, tetapi dia lewat begitu sahaja. 

Akhirnya Abul Qasim (Nabi S.A.W.) lewat dan dia tersenyum ketika melihatku kerana dia tahu maksudku hanya dengan melihat wajahku. Nabi S.A.W bersabda: “Wahai Abu Hirr!”. Aku menjawab: “Labbaik,  ya Rasulullah!”. Nabi bersabda kepadaku: “Ikuti aku”. Nabi S.A.W. pergi dan aku berjalan di belakangnya, mengikutinya.

Kemudian Nabi S.A.W. masuk ke dalam rumahnya dan aku meminta izin masuk ke dalam rumahnya dan diizinkan. Nabi S.A.W. melihat semangkuk susu dan berkata: “Dari mana ini?”. Mereka berkata: “Itu hadiah dari si Fulan untukmu”. Nabi S.A.W. bersabda: “Wahai Abu Hirr!”. Aku berkata: “Labbaik , ya Rasulullah!”. Nabi S.A.W. bersabda: “Pangillah orang-orang Shuffah” . 

Orang-orag Shuffah adalah tamu-tamu Islam yang tidak memiliki keluarga, wang atau seseorang yang dapat mereka mintai pertolongan dan setiap kali objek sedekah (sesuatu yang diberikan dengan kemurahan hati) diberikan kepada Nabi S.A.W., Nabi akan memberikannya kepada mereka sedangkan Nabi S.A.W sendiri sama sekali tidak menyentuhnya. Dan setiap kali hadiah apa pun diberikan kepada Nabi S.A.W., Nabi akan memberikannya sebahagian untuk mereka dan sebahagian untuk diri Nabi S.A.W.

Perintah Nabi S.A.W. itu membuatku kecewa dan aku berkata kepada diriku sendiri: “Bagaimana mungkin susu semangkuk cukup untuk orang-orang Shuffah”. Menurutku susu itu hanya cukup untuk diriku sendiri. Nabi S.A.W. menyuruhku memberikan susu itu kepada mereka. Aku akan takjub seandainya masih ada sisa untukku. Tetapi bagaimanapun aku harus taat kepada perintah Allah dan Rasul-Nya. 

Maka aku pergi menemui orang-orang Shuffah itu dan memanggil mereka. Merekapun berdatangan dan meminta izin masuk rumah. Nabi S.A.W. memberi mereka izin. Mereka duduk di dalam rumah itu. Nabi S.A.W. bersabda: “Wahai Abu Hirr!”. Aku berkata: “Labbaik, ya Rasulullah!”. Nabi S.A.W. bersabda: “Bawalah susu ini dan berikan kepada mereka”. Maka aku membawa semangkuk susu itu kepada mereka satu persatu dan setiap mereka mengembalikannya kepadaku setelah meminumnya, mangkuk susu itu tetap penuh.

Setelah mereka semua selesai minum dari mangkuk susu itu, aku memberikannya kepada Nabi S.A.W. yang memegang mangkuk susu itu seraya tersenyum jenaka dan berkata kepadaku: “Wahai Abu Hirr!”. Aku menjawab: “Labbaik, ya Rasulullah!”. Nabi S.A.W. bersabda: “Masih cukup untuk engkau dan aku”. Aku berkata: “Engkau berkata benar ya Rasulullah!”. Nabi S.A.W. bersabda: “Duduklah dan minumlah”. Aku duduk dan meminumnya. Nabi S.A.W.  berkali-kali memintaku untuk meminumnya hingga aku berkata: “Tidak, demi Zat yang mengutusmu sebagai pembawa kebenaran, perutku sudah sangat kenyang”. Nabi S.A.W. bersabda: “Berikan kepadaku”. Ketika kuberikan mangkuk itu kepadannya, Nabi S.A.W. memuji dan menyebut nama Allah dan meminum sisa susu itu.
[Hadith Riwayat Al-Bukhari]

Sebenarnya terlalu banyak ibrah(pengajaran) yang dapat kita singkap dari hadis yang panjang lebar di atas. Cuma, untuk kali ini, cukuplah kita fokuskan kepada sifat Rasulullah yang begitu “empati” terhadap para sahabat. InsyaAllah, jika diizinkan, kita gali ibrah-ibrah lain dalam hadis di atas pada kesempatan yang lain.

Betapa, orang Mukmin itu hubungannya cukup istimewa. Dalam hadis yang lain Nabi S.A.W. pernah bersabda:

“Seorang Muslim dengan Muslim yang lain adalah bersaudara, dia tidak menzaliminya dan tidak mengelakkan diri daripada menolongnya, sesiapa yang melepaskan saudaranya daripada sesuatu kesempitan, maka Allah akan melepaskan satu kesempitan daripada kesempitan-kesempitan hari kiamat, dan sesiapa yang menutup (keaiban) saudaranya, maka Allah akan melindunginya pada hari kiamat”
(Riwayat Al-Bukhari dan Muslim)

Bahkan Rasulullah juga pernah mengibaratkan orang mukmin itu umpama satu tubuh. Seandainya satu bahagian tubuh sakit, maka bahagain yang lain turut merasakannya:

"Bandingan golongan mukminin di dalam kasih-sayang, simpati dan tolong menolong antara satu sama lain seperti satu jasad. Sekiranya satu anggota mengadu kesakitan, maka seluruh anggota akan berjaga malam dan demam panas"
(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Justeru Saudaraku, marilah kita cuba contohi sikap Rasulullah yang sepertimana ugkapan Abu Hurairah di dalam hadis di atas “Akhirnya Abul Qasim (Nabi S.A.W.) lewat dan dia tersenyum ketika melihatku kerana dia tahu maksudku hanya dengan melihat wajahku”. Betapa, Nabi begitu memahami sahabat baginda sehinggakan dengan melihat riak wajah muka sahaja baginda mengetahui kondisi sang sahabat tersebut. Rasulullah seolah-olah menpunyai “Sixth Sense”yang dapat mengetahui keadaan para sahabat dengan melihat riak wajah mereka.

Di dalam Al-Quran Allah berfriman:

“(Berinfaqlah) kepada orang-orang fakir yang terikat (oleh jihad) di jalan Allah; mereka tidak dapat (berusaha) di bumi; orang yang tidak tahu menyangka mereka orang kaya karena memelihara diri dari minta-minta. Kamu kenal mereka dengan melihat sifat-sifatnya, mereka tidak meminta kepada orang secara mendesak. Dan apa saja harta yang baik yang kamu nafkahkan (di jalan Allah), maka sesungguhnya Allah Maha Mengatahui” (Al-Baqarah: 273)

Dalam ayat di atas, Allah berfirman bahawa “...kamu kenal mereka dengan melihat sifat-sifatnya...” maka saudaraku, takkanlah jika kita lihat sahabat kita yang selalu ceria, tiba-tiba murung, kita katakan tidak ada apa-apa yang berlaku padanya. Bagaimana mungkin kita sampai “gagal” untuk meng “sense” perubahan dirinya? Samada kita tidak peka atau sememangnya sahabat kita pandai “mengcover”  apa yang terjadi padanya? Orang mukmin itu jika boleh diibaratkan, mempunyai “telepathy”yang boleh berkomunikasi tanpa perlu berkata-kata.

It's amazing how you can speak right to my heart 
Without saying a word you can light up the dark 

Try as I may I can never explain 
What I hear when you don't say a thing 


The smile on your face let's me know that you need me 

There's a truth in your eyes saying you'll never leave me 

The touch of your hand says you'll catch me wherever I fall 
You say it best, when you say nothing at all 

All day long I can hear people talking out loud 
But when you hold me near 
You drown out the crowd 
Try as they may, they can never defy 
What's been said between your heart and mine 

The smile on your face let me know that you need me 
There's a truth in your eyes saying you'll never leave me 
The touch of your hand says you'll catch me wherever I fall 
You say it best, when you say nothing at all 

Oh, the smile on your face let's I know that you need me 
There's a truth in your eyes saying you'll never leave me 
The touch of your hand says you'll catch me wherever I fall 
You say it best, when you say nothing at all 





Ya, mungkin sukar. Tapi ianya perlu kepada kelatihan, kepedulian serta kepekaan yang tinggi. Ianya tidak mustahil! Rasul yang mulia telah tunjukkan.Juga ibrah dalam ayat di atas, menunjukkan bahawa sifat-sifat seorang mukmin itu adalah mereka “memelihara diri dari meminta-minta” sepertimana sikap Abu Hurairah di dalam hadis tersebut. Makna kata mereka tidak mengambil kesempatan di atas “kefakiran” mereka. Tetapi, dalam masa yang sama sang saudara/sahabatnya mampu “membaca” kesusahan yang dialami saudaranya yang lain dan berusaha membantunya. Betapa indahnya Islam dimana di satu pihak tidak meminta-minta (tidak ambil kesempatan) dan di satu pihak yang lain “concern” –ambil peduli tentang kesusahan yang melanda sahabatnya.

Nasihat buat saya –terutamanya- dan juga kalian, moga kita lebih peka terhadap saudara di sekeliling kita. Mudah-mudahan manisnya ukhuwwah itu dapat kita kecapi.

-Selamat Beramal, Berukhuwwah hingga ke syurga i/Allah-