|
Bunga2 Tarbiyyah
-
#2766 months ago
-
senjata ketenangan14 years ago
-
Thoughts: Whatever.... Whatever??14 years ago
-
Sumber Inspirasi14 years ago
-
Objek bulat itu tidak statik.15 years ago
-
Malaikat mengumpat manusia15 years ago
-
-
suara anda
University of Tarbiyyah
buku tetamu
IGPanabolics – Build Strength, Power, and Performance Naturally
Posted by KaLaM HiJaU💸 Earn 35% Lifetime Commission with Monkey Digital’s Affiliate Program!
Posted by KaLaM HiJaU
|
Khairulhanan
https://www.google.com/search?q=khairulhanan.agarbumibersaksi@blogger.com
Count floyd2000
khairulhanan
hiya Khairulhanan https://goo.gl/4qJ7z8
good afternoon Khairulhanan
“Tak lama setelah itu, terbit lagi satubuku Syaikh al-Ghazali yang isinya menolak pendapat-pendapat yang menyerang Islam. Buku ini berjudul At-Ta;asshub wa at-Tasamuh baina al-Masihiyyah wa al-Islam. Buku ini adalah jawapan terhadap buku dari salah seorang Kristien Kopti yang memojokkan dan menjelek-jelekkan Islam. Al-ghazali tidak menyebut judul buku dan siapa penulisnya hingga orang itu meninggal dunia. Al-Ghazali hanya menyebut bahawa penulisnya adalah seorang pejabat penting pemerintahan…”[2]
Terkadang, bila kita mengkritik seseorang seraya menyebut namanya, ia akan berkecil hati dan memaparkan bahawa kita tidak berhikmah di dalam menegurnya. Tetapi terkadang, ketika kita menyampaikan kritikan itu secara umum, seperti yang disampaikan oleh al-Ghazali, tetap saja wujud ungkapan kekecewaan, hanya lantaran “siapa makan cili, dia terasa pedas” walhal yang seharusnya kita lakukan ialah merenung dan muhasabah diri kita, seterusnya segera kembali kebenaran yang dihidangkan.
Lalu, dai’e agung Islam mengajarkan lagi, bagaimana mensikapi golongan jahiliyun yang kemudiannya melenting bila dihidangkan dengan kebenaran beserta hujah dan dalil yang nyata.
“Cuma, satu perkara yg agak berlainan dgn syeikh muhammad al-Ghazali dan al-Qardhawi ini, di mana mereka tidak menjawab kritikan atau tuduhan2 berat yg dilemparkan ke atas beliau. Memang ada buku2 yg diterbitkan dan artikel2 yg mencacatkan pendapat beliau di dalam buku2nya. Tetapi beliau tidak menulis sebuah buku khas utk menjawab kritikan itu. Bila ditanya kenapa syeikh tak jawab, katanya, kalau dia menjawab, nanti akan timbul pula jawapan balas, dan begitulah seterusnya tanpa ada kesudahannya. Sedangkan dia mempunyai banyak komitment lain yg lebih penting dari menjawab kritikan2 itu.”[3]
Inilah pemahaman mereka terhadap ajaran Ilahi di dalam kalam-Nya yang agung:
“Dan hamba-hamba Tuhan Yang Maha Penyayang itu (ialah) orang-orang yang berjalan di atas bumi dengan rendah hati dan apabila orang-orang jahil menyapa mereka, mereka mengucapkan kata-kata yang baik.”
(Sutah al-Furqan [25]:63)
“Jadilah engkau pemaaf dan suruhlah orang mengerjakan yang makruf, serta berpalinglah daripada orang-orang yang bodoh.”
(Surah al-A’raf [7]:199)
Andainya yang menerima kritikan itu sang jahil, yang tetap terus mahu membahaskan secara panjang lebar akan sesuatu perkara yang telah diperincikan hukumnya dengan dalil dan hujah yang nyata, maka usahlah dilayan akan sasaunya itu. Kita ada urusan lain yang jauh lebih penting untuk kita tangani. Biarkanlah mereka dengan sasaunya itu, seraya mendoakan mudah-mudahan ALLAH memberikan mereka petunjuk.
*Penulis adalah seorang engineer di sebuah syarikat power plant dan sedang mengambil Sijil Pengajian Syariah di salah sebuah universiti awam tempatan.
1 Artikel “Bahaya Golongan al-Ruwaibidoh” oleh Dr. Mohd Asri Zainol Abidin di website Dewan Pengajian Ibnu Qayyim (http://www.ibn-qayyim.info/qaiyyim/utama.php) juga website al-ahkam (http://www.al-ahkam.net/)
2 Dr. Yusuf Qardhawy, “Syaikh Muhammad al-Ghazali Yang Saya Kenal (Saikh al-Ghazali Kamaa Araftuhu: Rihlatu Nishfi Qarnin)”, Robbani Press (1998), hlm. 21
3 Topik “Penjelasan sekitar perselisihan ulama Salafi dan Ikhwan” di al-ahkam.net (http://www.al-ahkam.net/forum2/viewtopic.php?t=2526&highlight=mutazilah)
Ditimpa musibah itu ujian, namun nikmat pemberian itu juga ujian.Nikmat Allah tu berbagai-bagai, tak cukup keyboard untuk ditaip, kesihatan, masa, harta, tenaga, kecantikan, kebijaksanaan dll.
Ramai yang setuju lebih mudah untuk kita tabah bila susah dan tapi sangat susah untuk tabah dan bersyukur bila senang. Sebab bila susah boleh diibaratkan symphathetic system kita activate dan terjadila 'fight n flight' response berbanding apabila kita senang parasympathetic akan meletakkan kita dalam keadaan sleep@rest dan unaware untuk segala bentuk ujian.
"(Pemberian yang demikian) untuk Kami menguji (dan menzahirkan bawaan dan keadaan) mereka dalam menikmati apa yang Kami berikan itu (adakah mereka bersyukur dan tetap betul menurut Islam); dan (ingatlah), sesiapa yang berpaling dari mengingati Tuhannya, (dengan berlaku ingkar - derhaka, maka) Tuhan akan memasukkannya ke dalam azab yang memuncak beratnya. (al-jinn:18)Allah semata-mata menganjarkan kita untuk menguji kita dan meletakkan kita lebih tinggi tapi kalau kita tak cemerlang ke lautlah jawapnya.
Jadi kesimpulan dari ayat ini, ambilah adrenergic agonist disaat anda dalam keadaan parasympathetic atau dengan kata lain, berhati-hatilah,gunakan nikmat kurniaan Allah swt disaat ianya melimpah agar kita tidak kufur pada-Nya
A journey of a thousands miles must begin with a single step!!
Lihat sahaja contoh yang ditunjukkan oleh Khalid Al-Walid disaat beliau diturunkan pangkatnya oleh Umar dari seorang panglima perang kepada perajurit biasa. Bagi jeneral kebanyakan yang hidup di zaman sekarang penurunan pangkat seperti itu sangat menyakitkan. Berapa ramai yang akan bangkit memberontak dan melawan kerana tersinggung atas proses tersebut. Tetapi Khalid tegar dan tetap berjihad, “saya berjihad kerana Allah swt bukan kerana Umar”, ungkapnya
Segala amalan adalah berdasarkan niat. Setiap orang hanya mendapat apa yang diniatkan. Justeru, sesiapa yang penghijrahannya adalah menuju kepada Allah dan RasulNya, maka penghijrahannya adalah penghijrahan kepada Allah dan RasulNya. Sesiapa yang penghijrahannya kerana dunia yang bakal diperolehi atau kerana wanita yang bakal dikahwini maka penghijrahannya adalah penghijrahan menuju kepada apa yang dingininya”.Hadis Sahih Bukhari dan Muslim
Demikian pula, Rasulullah saw bersabda,
Sesungguhnya Allah tidak memandang bentuk dan harta kamu, tetapi ia memandang hati dan amal kamu. (HR Muslim)
Syaikhul Islam Ibnu Taimiyyah menyebutkan bahawa amal Soleh baik yang wajib mahupun yang sunat perlu disertai dengan niat yang ikhlas kerana Allah semata. “Jika ilmu tanpa amal itu berguna maka mengapa Allah swt mencela para rahib ahli kitab dan jika amal tanpa ikhlas itu berguna mengapa Allah mencela kaum munafik?” kata beliau.
Mencapai Darjah Ikhlas
Ternyata tidak mudah untuk mendapatkan tingkatan ikhlas ini. Perlu usaha yang sungguh-sungguh dan terus menerus dalam upaya mendapatkan hati yang ikhlas serta berserah diri secara total kepada Alla swt. Ada beberapa petunjuk yang disyorkan untuk mencapai ikhlas, antaranya:
Sentiasa Memperbaharui Niat
Keseluruhan doa itu adalah antara usaha memperbaharui niat agar sentiasa lurus tidak menyimpang dalam pelaksaannya. Setiap kali sebelum memulai sesuatu selalu diawali dengan niat adalah cara menanamkan keikhlasan dalam jiwa kita semua.
Demikian juga dalam kegiatan dakwah. Hendaknya para daie selalu memperbaharui niat, bahawa ia tidak mengharapkan balasan dunia, bukan mengejar kedudukan, harta, pangkat, kemewahan atau kebanggaan tertentu. Namun ia melaksanakan seluruhnya kerana Allah semata untuk mencapai redha-Nya, untuk memasuki Syurga-Nya.
Berusaha Keras Menunaikan Kewajipan
Kadang-kadang kita menemukan fenomena kemalasan dalam melaksanakan ibadah, atau malas tatkala ingin menyempurnakan amanah dakwah. Jika perasaan malas ini dibiarkan berkembang, yang terjadi adalah penyimpangan orientasi. Seseorang itu akan menganggap enteng/mudah menunaikan sesebuah kewajipan, pada akhirnya terbiasa melalaikan dan akhirnya meninggalkannya sama sekali.
Jika telah terjadi fenomena seperti ini, kadang-kadang seseorang melakukan solat atau puasa kerana kebiasaan. Muncullah perasaan solat dan puasa sekadar ingin menjaga kebiasaan seorang Islam. Sebagaimana seorang daie yang melakukan amal dakwahnya semata-mata kerana ukuran kebiasaan seorang daie tanpa disertai ruh semangat dan kecintaan dalam melaksanakannya.
Allah swt berfirman :
Dan orang-orang yang berjihad untuk (mencari keridhaan) kami, benar-benar akan kami tunjukkan mereka jalan-jalan kami. Dan sesungguhnya Allah benar-benar beserta orang-orang yang berbuat kebaikan. (Al-ankabut:69)
Berusaha Keras Mewujudkan Kecintaan Kepada Allah
Kecintaan kepada Allah bukanlah hal yang boleh muncul dengan sendirinya dalam jiwa setiap manusia. Setiap manusia beriman haruslah berusaha mewujudkan kecintaan kepada Allah swt kerana hanya dengan itu amal akan mudah diterima disisi-Nya. Allah swt berfirman :
Katakanlah, “ Jika kamu (benar-benar) mencinta Allah,ikutilah aku, nescaya Allah mengasihi dan mengampuni dosa-dosamu. Allah maha pengampun lagi maha penyayang.” Katakanlah, “Taatilah Allah dan Rasul-Nya,jika kamu berpaling maka sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang kafir.” (Al-imran:31-32)
Orang meberinya gelaran Mus’ab Al-Khair. Semenjak keluar dari rumah dan bergabung dengan kaum muslimin berbagai ujian berat dihadapinya. Suatu hari beliau tampil di hadapan beberapa sahabat yang sedang duduk mengelilingi Rasulullah saw. Di saat melihat kedatangan Mus’ab mereka menundukkan kepala dan memejamkan mata, sementara beberapa orang sahabat matanya basah, tidak sanggup untuk melihatnya.
Mereka melihat Mus’ab memakai jubah usang bertampal-tampal,padahal sebelum masuk Islam begitu indah pakaiannya. Bersabda Rasulullah saw, “Dahulu saya melihat Mus’ab ini tiada siapa yang boleh menandinginya dalam memperoleh kesenangan dari orang tuannya, kemudian ditinggalkan segalanya demi cintanya kepada Allah dan Rasul-Nya.
Merasakan Pengawasan Allah
Hendaklah para daie sentiasa merasakan adanya pengawasan Allah dalam setiap kegiatan kehidupan. Rasulullah saw ditanya malaikat jibril tentang makna ihsan, beliau memberikan pengertian, “engkau mengabdikan diri kepada Allah seakan-akan engkau melihat Dia,Jikalau tidak dapat melhat Dia sesungguhnya Dia melihat kamu.” (HR muslim)
Semasa dua malaikat (yang mengawal dan menjaganya) menerima dan menulis segala perkataan dan perbuatannya; yang satu duduk di sebelah kanannya, dan yang satu lagi di sebelah kirinya. Tidak ada sebarang perkataan yang dilafazkannya (atau perbuatan yang dilakukannya) melainkan ada di sisinya malaikat pengawas yang sentiasa sedia (menerima dan menulisnya). (Al-Qaaf:17-18)
Padahal sesungguhnya, ada malaikat-malaikat yang menjaga dan mengawas segala bawaan kamu, (Mereka adalah makhluk) yang mulia (di sisi Allah), lagi ditugaskan menulis (amal-amal kamu);Mereka mengetahui apa yang kamu lakukan. (Al-Infithar:10-12)
Terdapat perbezaan besar antara orang yang merasa senantiasa dalam pengawasan Allah dengan mereka yang tidak merasa ada pengawasan dari-Nya. Orang yang merasa hidupnya sentiasa diawasi Alla swt akan sentiasa berjalan hati-hati dalam meniti hidup serta dakwahnya. Mereka mengerjakan Amal soleh tidak dihanya khalayak umum tetapi juga dikala sepi dan sendiri. Sedang orang yang tidak merasa diawasi Allah swt akan berbuat sesuka hati dalam kehidupannya, merasa tenang ketika berbuat dosa dan memiliki rasa takut hanya kepada penguasa dunia.
Sebelum berhenti mencoret, saya selitkan di sini kisah Amirul Mukminin Umar Al-Khattab r.a dengan penjual susu agar menjadi teladan abadi kepada kita tentang tingginya nilai ihsan itu.
Umar r.a terdengar perbualan antara dua beranak yang menjual susu semasa rondaan beliau diwaktu malam, “ Campur saja susu itu dengan air supaya kita dapat untung yang lebih”, ujar ibu kepada anak penjual susu tersebut.”Tidak boleh bu, Amirul Mukminin melarang kita mencampur susu yang akan dijual dengan air “, jawap anaknya.
“Tetapi semua orang buat nak,campur sajalah. lagipun Amirul Mukminin tidak nampak apa yang kita buat ni,” ujar ibunya pula. “Bu sekalipun Amirul Mukminin tidak mengetahui, tetapi Rabb dari Amirul Mukminin pasti mengetahui!!” ujar anaknya kembali.
MasyaAllah. ucapan ini membuat Umar r.a yang mengintai telatah dua beranak ini berderai air mata. Alangkah mulianya jika setiap Muslim menghiasi kehidupannya dengan jiwa ma’iyatullah.
Wallahualam.
Rasul-rasul adalah pembawa berita gembira dan pemberi peringatan, agar tidak ada alasan bagi manusia untuk membantah Allah setelah Rasul-rasul itu diutus (4:165)
Bersungguhkah kita dalam mentarbiyyah diri mengikut acuan uswatun hasanah yang telah ditinggalkan oleh Baginda SAW atau kita masih berat tulang untuk mengikutinya.
Sungguh pasti akan kami tanyakan kepada umat yang telah mendapat seruan (dari rasul-rasul) dan kami akan tanyakan pula para rasul (7:6)
Salman Al Farisi sudah sampai waktu untuknya bernikah. Seorang wanita Ansar yang dikenalnya sebagai wanita mukminah lagi solehah juga telah mengambil tempat di hatinya. Tentu saja bukan sebagai kekasih. Tetapi sebagai sebuah pilihan dan pilihan yang dirasa tepat. Pilihan menurut akal sihat. Dan pilihan menurut perasaan yang halus, juga roh yang suci.
Tapi bagaimanapun, dia merasa asing di sini. Madinah bukanlah tempat kelahirannya. Madinah bukanlah tempatnya membesar dewasa. Madinah memiliki adat, rasa bahasa, dan rupa-rupa yang belum begitu dikenalnya.Dia berfikir, untuk melamar seorang gadis tempatan tentu menjadi sebuah urusan yang pelik bagi seorang pendatang. Harus ada seorang yang akrab dengan tradisi Madinah berbicara untuknya dalam khitbah.
Maka disampaikannyalah gelegak hati itu kepada sahabat Ansar yang dipersaudarakan dengannya, Abu Darda’. ”Subhanallaah.. walhamdulillaah..”, girang Abu Darda’ mendengarnya. Mereka tersenyum bahagia dan berpelukan. Maka, setelah persiapan dirasa cukup,beriringanlah kedua sahabat itu menuju sebuah rumah di penjuru tengah kota Madinah. Rumah wanita yang solehah lagi bertaqwa tersebut.
”Saya adalah Abu Darda’, dan ini adalah saudara saya Salman seorang Persia. Allah telah memuliakannya dengan Islam dan dia juga telah memuliakan Islam dengan amal dan jihadnya. Dia memiliki kedudukan yang utama di sisi Rasulullah SAW, sampai-sampai beliau menyebutnya sebagai ahli bait-nya. Saya datang untuk mewakili saudara saya ini melamar puteri Anda untuk dipersuntingnya.”, fasih Abu Darda’ bicara dalam logat Bani Najjar yang paling murni.
”Adalah kehormatan bagi kami”, ucap tuan rumah, ”Menerima Anda berdua, sahabat Rasulullah yang mulia. Dan adalah kehormatan bagi keluarga ini bermenantukan seorang sahabat Rasulullah yang utama. Akan tetapi hak jawab ini sepenuhnya saya serahkan pada puteri kami.” Tuan rumah memberi isyarat ke arah hijab yang di belakangnya sang puteri menanti dengan segala debar hati.
”Maafkan kami atas keterusterangan ini”, kata suara lembut itu. Ternyata sang ibu yang berbicara mewakili puterinya. ”Tetapi kerana Anda berdua yang datang, maka dengan mengharap redha Allah saya menjawab bahawa puteri kami menolak pinangan Salman. Namun jika Abu Darda’ kemudian juga memiliki urusan yang sama, maka puteri kami telah menyiapkan jawapan mengiyakan.
Jelas sudah. Keterusterangan yang mengejutkan, ironis, sekaligus indah. Sang puteri lebih tertarik kepada pengantar daripada pelamarnya!Sangat mengejutkan dan ironis. Tapi saya juga mengatakan indah kerana satu alasan iaitu reaksi Salman. Bayangkan sebuah perasaan, di mana cinta dan persaudaraan bergejolak berebut tempat dalam hati. Bayangkan sebentuk malu yang membuncah dan bertemu dengan gelombang kesedaran, bahwa dia memang belum punya hak apapun atas orang yang dicintainya.Mari kita dengar bicara Salman ketika itu.
”Allahu Akbar!”, seru Salman, ”Semua mahar dan nafkah yang kupersiapkan ini akan aku serahkan pada Abu Darda’, dan aku akan menjadi saksi pernikahan kalian!”
(Sergapan Rasa Memiliki, Salim A Fillah, Jalan Cinta Para Pejuang)
“Sesungguhnya di kalangan hamba-hamba Allah terdapat satu golongan yang bukan para nabi dan juga bukan para syuhada’ akan tetapi dicemburui oleh para nabi dan syuhada’ terhadap kedudukan mereka di sisi Allah pada hari kiamat kelak. Sahabat bertanya: Wahai Rasulullah, beritahulah kami siapakah mereka? Jawab baginda: Mereka adalah golongan yang berkasih sayang dengan semangat cintakan Allah dan bukan kerana tali persaudaraan, atau harta benda. Demi Allah, sesungguhnya wajah-wajah mereka bercahaya. Dan mereka berada di atas cahaya. Mereka tidak takut ketika manusia lain berasa takut. Mereka juga tidak sedih ketika manusia lain berasa sedih”.



















