Monday, February 21, 2011

TERUS TEGAR

Posted by KaLaM HiJaU

  Daya tahan dalam lapangan medan dakwah sangat dipengaruhi oleh kekuatan dan kelurusan motivasi. Bersihnya motiasi kerana Allah swt akan menyebabkan para daie tidak memiliki ambisi duniawi. Mereka akan lebih mengharapkan balasan Allah swt ke atas segala amalan yang dilakukan tidak terpengaruh semangat untuk mendapat nama,pangkat dan sebagainya.

Lihat sahaja contoh yang ditunjukkan oleh Khalid Al-Walid disaat beliau diturunkan pangkatnya oleh Umar dari seorang panglima perang kepada perajurit biasa. Bagi jeneral kebanyakan yang hidup di zaman sekarang penurunan pangkat seperti itu sangat menyakitkan. Berapa ramai yang akan bangkit memberontak dan melawan kerana tersinggung atas proses tersebut. Tetapi Khalid tegar dan tetap berjihad, “saya berjihad kerana Allah swt bukan kerana Umar”, ungkapnya

ikhlas
Ikhlas memiliki pengertian bersih dari segala noda dan menjadikan murni tanpa kotor sedikitpun. Orang yang ikhlas kepada Allah swt adalah mereka yang menjadikan segala amalnya kerana Alla semata-mata tanpa muatan syirik, riak dan angkuh. Demikian orang yang ikhlas sebagaimana dipetik dari Al-Quran:


Dan janganlah kamu menjadi seperti orang-orang yang keluar dari kampungnya dengan angkuh dan dengan maksud riak kepada manusia serta menghadapi (orang) dari jalan Allah. Dan ilmu Allah meliputi apa yang mereka kerjakan. Al-Anfal:7


Photobucket

Dalam konteks ibadah ini, ikhlas memiliki kedudukan yang penting, kerana menentukan diterima tidaknya ibadah seseorang. Rasulullah saw memperjelas kedudukan ikhlas dalam pelaksaan ajaran Islam dengan sabda baginda :


Segala amalan adalah berdasarkan niat. Setiap orang hanya mendapat apa yang diniatkan. Justeru, sesiapa yang penghijrahannya adalah menuju kepada Allah dan RasulNya, maka penghijrahannya adalah penghijrahan kepada Allah dan RasulNya. Sesiapa yang penghijrahannya kerana dunia yang bakal diperolehi atau kerana wanita yang bakal dikahwini maka penghijrahannya adalah penghijrahan menuju kepada apa yang dingininya”.Hadis Sahih Bukhari dan Muslim



Demikian pula, Rasulullah saw bersabda,
Sesungguhnya Allah tidak memandang bentuk dan harta kamu, tetapi ia memandang hati dan amal kamu. (HR Muslim)


Syaikhul Islam Ibnu Taimiyyah menyebutkan bahawa amal Soleh baik yang wajib mahupun yang sunat perlu disertai dengan niat yang ikhlas kerana Allah semata. “Jika ilmu tanpa amal itu berguna maka mengapa Allah swt mencela para rahib ahli kitab dan jika amal tanpa ikhlas itu berguna mengapa Allah mencela kaum munafik?” kata beliau.
ikhlas 2


Mencapai Darjah Ikhlas


Ternyata tidak mudah untuk mendapatkan tingkatan ikhlas ini. Perlu usaha yang sungguh-sungguh dan terus menerus dalam upaya mendapatkan hati yang ikhlas serta berserah diri secara total kepada Alla swt. Ada beberapa petunjuk yang disyorkan untuk mencapai ikhlas, antaranya:


Sentiasa Memperbaharui Niat


Masalah niat ini sangat mendasar bagi setiap pekerjaan. Oleh kerana itu, harus sentiasa dijaga seluruh  niat dalam beramal agar tidak melencong dari tujuan ibadah itu sendiri. Untuk itulah banyak sekali tuntutan doa dalam melakukan kegiatan seharian. Islam mengajar kita untuk berdoa sebelum dan selepas makan,sebelum dan setelah tidur dan lain-lain.

Keseluruhan doa itu adalah antara usaha memperbaharui niat agar sentiasa lurus tidak menyimpang dalam pelaksaannya. Setiap kali sebelum memulai sesuatu selalu diawali dengan niat adalah cara  menanamkan keikhlasan dalam jiwa kita semua.

Demikian juga dalam kegiatan dakwah. Hendaknya para daie selalu memperbaharui niat, bahawa ia tidak mengharapkan balasan dunia, bukan mengejar kedudukan, harta, pangkat, kemewahan atau kebanggaan tertentu. Namun ia melaksanakan seluruhnya kerana Allah semata untuk mencapai redha-Nya, untuk memasuki Syurga-Nya.


Berusaha Keras Menunaikan Kewajipan


Kadang-kadang kita menemukan fenomena kemalasan dalam melaksanakan ibadah, atau malas tatkala ingin menyempurnakan amanah dakwah. Jika perasaan malas ini dibiarkan berkembang, yang terjadi adalah penyimpangan orientasi. Seseorang itu akan menganggap enteng/mudah menunaikan sesebuah kewajipan, pada akhirnya terbiasa melalaikan dan akhirnya meninggalkannya sama sekali.


Jika telah terjadi fenomena seperti ini, kadang-kadang seseorang melakukan solat atau puasa kerana kebiasaan. Muncullah perasaan solat dan puasa sekadar ingin menjaga kebiasaan seorang Islam. Sebagaimana seorang daie yang melakukan amal dakwahnya semata-mata kerana ukuran kebiasaan seorang daie tanpa disertai ruh semangat dan kecintaan dalam melaksanakannya.


Allah swt berfirman :
Dan orang-orang yang berjihad untuk (mencari keridhaan) kami, benar-benar akan kami tunjukkan mereka jalan-jalan kami. Dan sesungguhnya Allah benar-benar beserta orang-orang yang berbuat kebaikan. (Al-ankabut:69)


Berusaha Keras Mewujudkan Kecintaan Kepada Allah


Kecintaan kepada Allah bukanlah hal yang boleh muncul dengan sendirinya dalam jiwa setiap manusia. Setiap manusia beriman haruslah berusaha mewujudkan kecintaan kepada Allah swt kerana hanya dengan itu amal akan mudah diterima disisi-Nya. Allah swt berfirman :

Katakanlah, “ Jika kamu (benar-benar) mencinta Allah,ikutilah aku, nescaya Allah mengasihi dan mengampuni dosa-dosamu. Allah maha pengampun lagi maha penyayang.” Katakanlah, “Taatilah Allah dan Rasul-Nya,jika kamu berpaling maka sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang kafir.” (Al-imran:31-32)


Cuba kita selami mujahadah Mus’ab bin Umair dalam rangka meraih kecintaan kepada Allah. Mus’ab adalah seorang pemuda tampan wajahnya, hidup dalam lingkungan serba sempurna. Ibunya, Khunas binti Malik, amat marah saat mendengar berita pengislaman Mus’ab. Dipenjarakannya Mus’ab sdi suatu ruangan supaya meninggalkan Islam. Mus’ab tinggal dipenjara sampai ketika dia berjaya meloloskan diri untuk ikut berhijarah ke Habsyah bersama para sahabat Rasulullah saw yang lain. Ditnggalkan segala kemewahan yang beliau miliki ketika itu.


Orang meberinya gelaran Mus’ab Al-Khair. Semenjak keluar dari rumah dan bergabung dengan kaum muslimin berbagai ujian berat dihadapinya. Suatu hari beliau tampil di hadapan beberapa sahabat yang sedang duduk mengelilingi Rasulullah saw. Di saat melihat kedatangan Mus’ab mereka menundukkan kepala dan memejamkan mata, sementara beberapa orang sahabat matanya basah, tidak sanggup untuk melihatnya.


Mereka melihat Mus’ab memakai jubah usang bertampal-tampal,padahal sebelum masuk Islam begitu indah pakaiannya. Bersabda Rasulullah saw, “Dahulu saya melihat Mus’ab ini tiada siapa yang boleh menandinginya dalam memperoleh kesenangan dari orang tuannya, kemudian ditinggalkan segalanya demi cintanya kepada Allah dan Rasul-Nya.

Merasakan Pengawasan Allah


Hendaklah para daie sentiasa merasakan adanya pengawasan Allah dalam setiap kegiatan kehidupan. Rasulullah saw ditanya malaikat jibril tentang makna ihsan, beliau memberikan pengertian, “engkau mengabdikan diri kepada Allah seakan-akan engkau melihat Dia,Jikalau tidak dapat melhat Dia sesungguhnya Dia melihat kamu.” (HR muslim)

Dari Hadis tersebut, dalam diri setiap muslim/daie itu perlu ada sifat ma’iyatullah atau kebersamaan dengan Allah. Sikap merasa senantiasa dalam pngawasan Allah swt dalam seluruh sisi kehidupan. Tiada suatu sisi pun yang lalai dari pengawasan Rabbul alamin

Firman Allah swt:
Tidakkah engkau memikirkan, bahawa sesungguhnya Allah mengetahui segala yang ada di langit dan yang ada di bumi? Tiada berlaku bisikan antara tiga orang melainkan Dia lah yang keempatnya, dan tiada (berlaku antara) lima orang melainkan Dia lah yang keenamnya, dan tiada yang kurang dari bilangan itu dan tiada yang lebih ramai, melainkan Ia ada bersama-sama mereka di mana sahaja mereka berada. Kemudian Ia akan memberi tahu kepada mereka - pada hari kiamat - apa yang mereka telah kerjakan. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu. (Al-Mujadillah:7)

Semasa dua malaikat (yang mengawal dan menjaganya) menerima dan menulis segala perkataan dan perbuatannya; yang satu duduk di sebelah kanannya, dan yang satu lagi di sebelah kirinya. Tidak ada sebarang perkataan yang dilafazkannya (atau perbuatan yang dilakukannya) melainkan ada di sisinya malaikat pengawas yang sentiasa sedia (menerima dan menulisnya). (Al-Qaaf:17-18)

Padahal sesungguhnya, ada malaikat-malaikat yang menjaga dan mengawas segala bawaan kamu, (Mereka adalah makhluk) yang mulia (di sisi Allah), lagi ditugaskan menulis (amal-amal kamu);Mereka mengetahui apa yang kamu lakukan. (Al-Infithar:10-12)


Terdapat perbezaan besar antara orang yang merasa senantiasa dalam pengawasan Allah dengan mereka yang tidak merasa ada pengawasan dari-Nya. Orang yang merasa hidupnya sentiasa diawasi Alla swt akan sentiasa berjalan hati-hati dalam meniti hidup serta dakwahnya. Mereka mengerjakan Amal soleh tidak dihanya khalayak umum tetapi juga dikala sepi dan sendiri. Sedang orang yang tidak merasa diawasi Allah swt akan berbuat sesuka hati dalam kehidupannya, merasa tenang ketika berbuat dosa dan memiliki rasa takut hanya kepada penguasa dunia.


Sebelum berhenti mencoret, saya selitkan di sini kisah Amirul Mukminin Umar Al-Khattab r.a dengan penjual susu agar menjadi teladan abadi kepada kita tentang tingginya nilai ihsan itu.



Umar r.a terdengar perbualan antara dua beranak yang menjual susu semasa rondaan beliau diwaktu malam, “ Campur saja susu itu dengan air supaya kita dapat untung yang lebih”, ujar ibu kepada anak penjual susu tersebut.”Tidak boleh bu, Amirul Mukminin melarang kita mencampur susu yang akan dijual dengan air “, jawap anaknya.
susu

“Tetapi semua orang buat nak,campur sajalah. lagipun Amirul Mukminin tidak nampak apa yang kita buat ni,” ujar ibunya pula. “Bu sekalipun Amirul Mukminin tidak mengetahui, tetapi Rabb dari Amirul Mukminin pasti mengetahui!!” ujar anaknya kembali.

MasyaAllah. ucapan ini membuat Umar r.a yang mengintai telatah dua beranak ini berderai air mata. Alangkah mulianya jika setiap Muslim menghiasi kehidupannya dengan jiwa ma’iyatullah.



Wallahualam.

0 comments: