Tuesday, February 15, 2011

SALAM MAULIDUR RASUL

Posted by KaLaM HiJaU


Alhamdulillah, segala puji kita rafakkan kepada Allah swt yang telah memberikan pelbagai nikmat kepada kita, Selawat dan salam buat junjungan besar tercinta Nabi Muhammad SAW, penutup sekalian para nabi dan rasul, penunjuk jalan al-haq dan daie sepanjang jalan.


Photobucket




Tanggal 12 Rabiulawal adalah hari kelahiran baginda Rasulullah Saw. Keputeraan Rasulullah dan pengutusan baginda kepada kita merupakan satu nikmat kubra buat umat sejagat. Kelahiran baginda mengeluarkan manusia dari zaman gelap Jahiliyyah  kepada hidup penuh peradaban yang dicari-cari ketika itu. Baginda membawa sinar disaat dunia ketika itu penuh dengan kefasadan jahiliyyah sifat assabiyyah, penyembahan berhala, zina, dan membunuh anak.


Rasul-rasul adalah pembawa berita gembira dan pemberi peringatan, agar tidak ada alasan bagi manusia untuk membantah Allah setelah Rasul-rasul itu diutus (4:165)

Saban tahun kita menyambut dan mengenang kelahiran baginda SAW. Namun harus kita bertanya kepada benak fikiran kita sejauh mana kita telah mencontohi dan mengimplimentasi pusaka peninggalan baginda SAW di dalam kehidupan kita. Adakah kita telah melaksanakan tanggungjawab untuk menyebarkan kalimah syahadah yang diwasiatkan baginda kepada kita?
Bersungguhkah kita dalam mentarbiyyah diri mengikut acuan uswatun hasanah yang telah ditinggalkan oleh Baginda SAW atau kita masih berat tulang untuk mengikutinya.




Sungguh pasti akan kami tanyakan kepada umat yang telah mendapat seruan (dari rasul-rasul) dan kami akan tanyakan pula para rasul (7:6)

Dan demikian pula kami telah menjadikan kamu umat pertengahan agar kamu menjadi saksi atas manusia dan agar Rasul menjadi saksi atas kamu (2:143)


Di sempena Maulidur rasul ini marilah kita menggali semula mutiara keindahan hidup baginda SAW. Mari kita susuri dan teladani qudwah dakwah dan perjuangan baginda bagi kita memacu semula gerakan pencerahan dan pembangunan semula satu nahdah (peradaban).


Photobucket




Selamat Menyambut Maulidur Rasul. Bersama-sama kita tingkatkan kecintaan pada baginda SAW ,dengan menelusuri seerah baginda dan seoptima mungkin untuk mempraktikkannya. Semoga dengan kedatangan Maulidur rasul ini menguatkan dan merecharge kembali semangat dan gerak kerja kita dalam menjadi penyambung dan penerus tanggungjawab yang telah Rasulullah SAW tinggal kepada kita.

0 comments: