Penaklukan Sepanyol
Menurut buku-buku sejarah Islam, pembukaan Sepanyol adalah usaha Tariq bin Ziyad dan Musa bin Nusair pada 711 - 712M semasa Khalifah Umayyah Walid bin Abdul Malik memerintah.
Thariq bin Ziyad berasal dari bangsa Barbar, mengenai sukunya, para sejarawan masih berbeza pendapat; sama ada beliau dari suku Nafza atau suku Zanata. Dia merupakan bekas seorang hamba yang kemudiannya dimerdekakan oleh Musa bin Nusair, Gabenor Islam di Afrika Utara dan di tangan Musa inilah Thariq memeluk Islam bersama orang-orang Barbar yang lainnya yang tunduk di bawah kekuasaannya setelah penaklukkan daerah Tanja. Di kisahkan bahawa setelah masuk Islam, mereka menjalankan agama Islam dengan penuh tatt. Oleh kerana itu, sebelum Musa pulang ke Afrika, beliau meninggalkan beberapa orang Arab untuk mengajar mereka Al-Qur’an dan ajaran-ajaran Islam. Setelah itu Musa mengangkat Thariq, yang merupakan perajurit Musa yang terkuat untuk menjadi penguasa daerah Tanja, hujung Maroko dengan kekuatan 19,000 tentera dari bangsa Barbar.
Eropah Sebelum Penaklukan
Mendung hitam berlabuh di bumi Sepanyol. Eropah sedang dikangkangi oleh penjajah, Raja Gothic yang kejam dan zalim. Wanita merasa terancam kesuciannya, petani dikenakan pajak tanah yang tinggi, dan banyak lagi penindasan yang tak berperikemanausiaan. Raja dan kroninya bersuka ria dalam kemewahan sedang rakyat merintih dalam kesengsaraan. Sebahagian besar penduduk yang beragama Kristian dan Yahudi, berpindah ke Afrika, berharap mendapat ketenangan yang lebih menjanjikan. Dan saat itu Afrika, adalah sebuah daerah yang makmur dan mempunyai toleransi yang tinggi karena berada di bawah naungan pemerintahan Islam.
Salah seorang dari jutaan penduduk itu adalah Julian, Gabenor Ceuta yang putrinya Florida telah dinodai Roderick, raja Gothic yang menguasai Sepanyol ketika itu. Pada mulanya Florida dihantar untuk menuntut ilmu dari Raja Roderick oleh Julian. Atas sebab tersebut, Julian bertekad untuk membalas dendam kepada Roderick. Akhirnya Julian memohon pada Musa bin Nusair, raja muda Islam di Afrika untuk memerdekakan negeri mereka dari penindasan raja yang zalim itu. Julian membekalkan segala maklumat tentang kerajaan Roderick kepada Musa. Setelah mendapat persetujuan Khalifah Umayyah ketika itu, Musa melakukan pengintipan kepantai selatan Sepanyol.
Sebagai langkah awal pada 710 M Tarif ibn Malik, bersama 400 tentaranya diutus untuk mengadakan intipan ke Andalusia. Julian membantu menyediakan 4 buah kapal untuk menyeberangi selat. Tempat dimana pasukan Tarif mendarat di Sepanyol hingga sekarang dinamakan Tarifa. Letaknya di hujung selatan Sepanyol berhadapan dengan wilayah Maroko. Setelah kepulangan ekspedisi Tarif ke Maroko dan dia membawa khabar bahawa apa yang diceritakan Julian adalah benar. Mereka berjaya mengetahui sedikit sebanyak tentang kerajaan Visigoth Roderick berdasarkan maklumat Julian dan intipan yang dilakukan.
Bulan Mei tahun 711 Masehi, Tariq bin Ziyad, mantan pembantu Musa bin Nusair memimpin 12 000 anggota pasukan muslim menyeberangi selat antara Afrika dan daratan Eropah. Perjalanan pasukan dimulai dari wilayah Ceuta kemudian menyeberangi selat yang kemudiannya hingga sekarang diberi nama selat Jabal al Thariq (Gunung Thariq) atau Gibraltar, dan mendarat di suatu bukit karang (Jabal Al Thariq).

Menakluki Sepanyol
Tanggal 19 Julai tahun 711 Masehi, Kedatangan pasukan Thariq akhirnya diketahui oleh Gubenor Edeco yang wilayahnya berdekatan dengan Gibraltar. Dia segera memberitahu Roderic tentang kedatangan tentera Islam.
Mendengar pencerobohan pasukan Thariq, Roderic segera menghadangnya dengan jumlah pasukan yang jauh lebih besar, iaitu enam kali ganda ketumbukan yang dibawa Thariq. Untuk menaikkan semangat pasukannya, Thariq segera mengarahkan semua kapal yang membawa mereka ke Gilbraltar dibakar. Beliau mengeluarkan pernyataan yang hingga kini diabadikan dalam buku-buku sejarah: "Saudara-saudaraku, musuh ada di depanmu sedangkan laut ada di belakangmu. Kemana kamu akan lari?"Sama ada kita menakluki negeri ini dan menetap di sini atau kita syahid ". Tenteranya menjawab dengan semangat membara, " Kami akan mengikutimu"
Pasukan Islam dan Nasrani bertemu, keduanya berperang di dekat muara sungai Barbate. Pertempuran berlangsung sekitar satu minggu tanpa henti sehingga berakhir dengan kekalahan pasukan Roderic. Thariq dan pasukannya berhasil melumpuhkan pasukan Gothic, hingga Raja Roderic tenggelam di sungai itu. Kemenangan Thariq yang luar biasa ini, menjatuhkan semangat orang-orang Sepanyol dan semenjak itu mereka tidak berani lagi menghadapi tentera Islam secara terbuka.
Thariq membahagi pasukannya menjadi empat kelompok, dan menyebarkan mereka ke Cordoba, Malaga, dan Granada. Semua kota-kota itu menyerah tanpa perlawanan. Ketangkasan gerak dan kehebatan pasukan Thariq berhasil melumpuhkan tentera-tentera Gothic.
Thariq kemudian menyusul ke Cordoba dan menulis surat kepada Musa ibn Nusair mengenai kejayaan tentera Islam menakluki Andalusia. Musa memaklmumkan berita gembira kemenangan itu kepada Kalifah Walid di Damaskus. Musa mengambarkan suasana penaklukan tersebut tidak seperti penaklukan yang biasa tanpa disangka-sangka, kemenangan tentera Islam ketika itu sangat menakjubkan dan agung.
Setelah kemenangan tentera Thariq yang di luar dugaan tersebut, Gabenor Musa ibn Nusair menyusulnya pada musim panas tahun 712 M dengan disertai 18 ribu pasukan untuk memperluas wilayah yang akan ditakluki. Pertemuan antara Thariq dan Musa terjadi di Talavera dekat Toledo
Penaklukan selanjutnya diteruskan oleh pasukan Islam yang lain. Wilayah yang ditaklukkan pasukan Islam hingga tahun 721 meliputi seluruh semenanjung Iberia dan sebagian wilayah Perancis bagian selatan. Hingga abad ke-10, wilayah kekuasaan Islam masih meliputi sekitar empat perlima semenanjung Iberia.
Rakyat Sepanyol yang sekian lama tertekan akibat penjajahan bangsa Gothic, mengalu-alukan kedatangan orang-orang Islam. Selain itu, perilaku Thariq dan orang-orang Islam yang begitu mulia sehingga mereka disayangi oleh bangsa-bangsa yang tinggal di Sepanyol ketika itu.
Seorang penulis Kristian terkenal menulis:
“Muslim-muslim Arab itu mentadbir kerajaan Cordoba dengan baik dan ia merupakan sebuah keajaiban Abad Pertengahan, mereka mengenalkan obor pengetahuan dan peradaban, kecemerlangan dan keistimewaan kepada dunia Barat. Sedangkan saat itu bangsa Eropah sedang dalam situasi pergolakan dan kebodohan yang biadab.“
Thariq berhajat melakukan penaklukkan ke atas seluruh Eropah. Dalam saat merencana penyerbuan ke negara-negara Eropah, telah datang panggilan dari Khalifah untuk pergi ke Damaskus. Dengan disiplin dan kepatuhan tinggi, Thariq memenuhi panggilan Khalifah dan berusaha tiba seawal mungkin di Damaskus. Tidak lama kemudian, Thariq wafat di sana. budak suruhan Barbar, penakluk Sepanyol, wilayah Islam terbesar di Eropah yang selama lebih lima abad di bawah kekuasaan Islam telah memenuhi panggilan Rabbnya.
Semoga kisah ini dapat memberi ibrah kepada kita semua agar dapat mencontohi sedikit sebanyak kegigihan dan kesungguhan mereka dalam menyebarkan kalimah Lailahaillallah.










0 comments:
Post a Comment