Alhamdulillah cuti akhirnya tiba ke penghujungnya.
Semua orang nampaknya sibuk menyiapkan diri untuk bersedia menghadapi exam dan hari-hari yang mencabar di kelas masing-masing.
Namun saya dipaksa merangkak-rangkak dikala kawan-kawan yang lain berlari laju dek penangan demam selsema yang masih tidak hendak kebah. Terasa berat untuk menggagahkan diri ini menghabiskan segala bacaan yang memang telah saya jadualkan untuk dibaca semasa cuti.
Baru sekarang terasa betapa bernilainya nikmat kesihatan itu. Jika dulu gagah dan pantas kerja-kerja diselesaikan kini semuannya makin menimbun di atas meja.
Bukan itu saja, naluri untuk merasa makanan pun turut hilang sama sekali.
Begitu mudah sekali segala nikmat itu ditarik Allah swt dari diri ini.
Hidung tersumbat,sukar bernafas. Sebelum ni bernafas tanpa pernah mengira berapa kuantiti oksigen yang telah kita hirup. Nafas percuma!! Tak terfiki adakah semua oksigen diberi Allah itu diguna untuk memenuhi tuntutannya sebagai Abid, Khalifah, dan daei.
Mensyukuri nikmat Allah tidak sepatutnya lekang dari hati dan minda kita. Sesaat pun kita tidak pernah terlepas dari Nikmat dan kurniaan-Nya.
Dan(ingatlah) ketika Tuhanmu memaklumkan, " Sesungguhnya jika kamu bersyukur, niscaya aku akan tambah (nikmat) kepada mu, tetapi jika kamu mengingkari (nikmat-Ku), maka pasti azabku amatlah pedih.
(Ibrahim 14:7)
Apepun kesakitan, masalah, kesusahan membuatkan kita ingat kepada-Nya.
"Cukuplah Allah bagiku, tidak ada tuhan selain Dia. Hanya kepada-Nya aku bertawakal, dan Dia adalah tuhan yang memiliki Arsy yang agung." (At-taubah 9: 129)
Kita sangat dituntut untuk memohon pertolongan dari Allah,
Wahai org-org yang beriman! Mohonlah pertolongan (kpd Allah) dengan sabar dan solat. Sungguh Allah beserta dengan orang-orang yang sabar. (Al-baqarah 2: 153)
dan Tuhanmu berfirman, "berdoalah kepada-Ku, nescaya akan Aku perkenankan bagimu. (Al-Ghafir 40:60)
Semua masalah dan rintangan yang kita hadapi adalah ujian dari Allah Swt. Sakit itu kifarah dosa, i/Allah.
Sayyidatina Aishah ada berkata, bahawa baginda Rasulullah ada bersabda yang bermaksud: Tidak menimpa ke atas seorang mukmin satu kecelakaan, biarpun duri,ataupun lebih daripada itu, melainkan Allah akan menggugurkan dengannya satu dosa. (Maksud hadis riwayat Al-Bukhari dan Muslim)
Sesungguhnya nikmat yang kita miliki hari ini tidak akan habis dihitung hatta air di lautan menjadi dakwat untuk menyenaraikannya. Semoga kita senantiasa bersyukur dengan setiap nikmat yang dikurniakanNya dan menggunakanNya ke arah yang betul, iAllah.
Dan Jangan lupe ingat Allah selalu,
"org-org yang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingati Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah hati menjadi tenteram."
(Ar-Ra'd 13:28)
#276
2 months ago









3 comments:
salam...
Demam dan selsema yang menyerang...
astaghfirullah...
same laaa kite.... (-_-)"
banyak sangat dosa laa ni...
exam xlame dh... demam ke x still kna study... huu~ doakan...
syafakallah akhi...
keep writing hanan,nice written story:) so good to read about surah&hadis which u relate it with the story u're trying to tell,tc!
wkslm saif shah,sinrm
i/Allah same2 kita usha..
thanx sinrm!! =)
Post a Comment