Maaf kerana lama menyepi..
Sedikit sibuk dengan lambakan kelas dan kerja-kerja yang perlu diselesaikan akhir-akhir ini.
Alhamdulillah kehadiran 46 orang pelajar baru pada September lepas memeriahkan lagi bumi Poland ini.
Kami senior2 atau dengan kata lain pelajar2 tua telah sedaya upaya membantu dan menguide adik-adik supaya dapat SURVIVE dan menjadi SURVIVOR di Bumi Poland ini.
Saya masih ingat bagaimana Syndrome 'PENING' yang saya hadapi ketika mula-mula tiba di Poland kerana semuanya adalah dalam Bahasa Polish. Ditambah lagi dengan kepantasan pertuturan bahasa Polish oleh orang Polish. Haish..Saya pasti adik-adik yang baru tiba juga sudah mengalami syndrome ini.
Baru-baru ini kami senior2 dibawah kelolaan IKATAN PELAJAR ISLAM POLAND (IPIP) telah menganjurkan Academic Development Program 2009 (ADP) dan Futsal Friendly Match. Selain dapat berkongsi pengalaman dalam teknik2 belajar, ikatan ukhuwwah sesama kami di sini dapat dieratkan. Satu prog yang berjalan dengan jayanya.
Harapan kami, dengan sedikit bantuan kami yang xseberapa, adik-adik akan lebih mudah untuk ADAPT dan bingkas Maju untuk Menjadi SURVIVOR di sini. Yang penting MUSLIM SURVIVOR !!!
Semoga debunga2 ISLAM yang dibawa kita ini akan mengeluarkan buahnya untuk kita petik suatu hari nanti. I/Allah...
#276
4 months ago









0 comments:
Post a Comment