Tuesday, September 1, 2009

RAMADHAN DI PERANTAUAN

Posted by KaLaM HiJaU

dalil puasa
Wahai orang-orang yang beriman, telah diwajibkan keatas kamu berpuasa, sebagaimana
ia telah diwajibkan ke atas golongan sebelum mu, mudah-mudahan
kamu menjadi orang yang bertaqwa


Ramadhan di Poland??

Ini kali yang ketiga..
tapi tahun ini cabarannya kelihatan lebih mencabar, lebih hebat, dan lebih panjang dari tahun-tahun sebelum ini.

Kenapa?
Tahun ini Ramadhan jatuh ketika Musim luruh baru sahaja hendak bermula, bermakna matahari terbit lebih awal dari biasa dan terbenamnya pula lewat sedikit. Siangnya masih agak panjang. Kami berpuasa dari 330pagi hingga 730mlm. Berbeza dengan Ramadhan kami tahun-tahun sebelum ini yang jatuh pada musim sejuk yang mempunyai waktu siang yang sangat pendek. Amat beruntunglah jika Ramdhan jatuh pada musim sejuk. Tempoh puasa sangat singkat, boleh dikatakan puasa bermula jam5.30pagi dan berbuka seawal 3ptg. Malamnya sangat panjang dan boleh dipenuhi dengan bermacam-macam perkara, sembahyang terawih, baca quran, baca buku, qiam, tahajud. Hurmm bestnya.. =)

Oleh sebab sekarang cuaca masih tidak seberapa sejuknya, rakyat2 di sini umumnya masih tidak mengenakan pakaian yang tebal. Jadi?
Tetapi kadang-kadang pakaian mereka boleh dikatakan agak melampau bagi kita umat Islam. Betul, yang perempuan terutamannya. Haish, kena jaga mata, puasa bukan setakat menahan lapar dan dahaga.

Photobucket

Ramadhan di Poland semestinya mempunyai suasana yang sangat berbeza. Berjalan-jalan di Centrum (stesen tram+metro) memberi panorama orang ramai sedang makan-makan di waktu tengahari. Gulp lapar terasa, =) .Takpe banyak pahalanya, i/Allah.

Terawih macamane?
kat sini pun kami sembahyang terawih=) ade jgk di masjid. Di Malaysia ade yang bertelingkah tentang 21 @ 8 kan. Di masjid Poland 8. Tak kisah la kan. Khilaf. kadang-kadang kalau x ke masjid boleh jgk solat sesama sendiri. Tak pun berseorangan boleh suka hati buat berapa pun kan? =)

Kalau kt Malaysia banyak prog berbuka puasa, di sini pun ade. Di masjid setiap hari ade prog iftar (berbuka) yang disumbang oleh kedutaan-kedutaan dari negara Islam. Tak kurang juga dengan berbagai sedekah seperti tamar, roti pita dan macam2 lg. Alhamdulillah, Syukur indahnye Ramdahan di sini.


3 comments:

Ansorullah said...

salam.... btol2, abe..

bukan tahan lapar dan dahage je...
segala pancaindera pun kena dikawal sebaiknya...
itulah dugaan puasa di perantauan...
lain persekitarannya, lain gaya ujiannya...

makan cmne abe? cukup ke juadah berbuka? =)

KaLaM HiJaU said...

alhamdulillah juadah berbuka walaupun sederhana tak sebanyak di Malaysia, masih cukup. Kadang-kadang bekal biskut raya yang dibawa dari Malaysia turut menjadi santapan berbuka.hehe

betul tak saif? =)

Anonymous said...

isk...sayu hatiku membaca coretan hati abg kalam..salam aidilfitri buat ikhwah akhawat sekalian