Alhamdulillah setelah lama blog ini dibiarkan berdebu, akhirnya berkesempatan juga untuk diseka debu-debu tersebut pergi.
Kesibukkan dan keterbatasan minda dalam mencari isu yang perlu ditulis menjadi penambah debu kepada blog ini. Harap dimaafkan.
Setelah lama berfikir dan membaca kisah rencah politik di tanah kelahiran sendiri, terasa hendak berkongsi dan meluah perasaan. Di sana kelihatan sibuk dan riuh dengan politiknya. Satu demi satu pilihanraya diadakan. Tak cukup dengan itu ada juga yang melompat lompat.opss.hehe. Bukan kehendak hati untuk cenderung kepada mana-mana pihak, cuma sekadar memesan kepada manusia bergelar sang pemimpin dan yang dipimpin.
Mari kita baca hadis ini :
Rasullullah bersabda kepada Abdurrahman bin Samurah Radhiyallahu’anhu, “Wahai Abdul Rahman bin Samurah! Janganlah kamu meminta untuk menjadi pemimpin. Sesungguhnya jika kepimpinan diberikan kepada kamu kerana permintaan, maka kamu akan memikul tanggungjawab sendirian, dan jika kepimpinan itu diberikan kepada kamu bukan kerana permintaan, maka kamu akan dibantu untuk menanggungnya.” (Riwayat Bukhari dan Muslim)
Hah sekarang nampak mcm lain pula pesennya (fashionnya). Ramai yang berlumba-lumba inginkan jawatan. Ingin membela rakyat katanya tapi disebalik itu tidak kurang juga yang lebih memikirkan kemewahan-kemewahan yang bakal dimiliki nanti. Ntah ke mana rakyat dan Ntah ke mana negara bila kepentingan diri menjadi pertaruhan. Sedarlah wahai pemimpin. Tanggungjawab sebagai Amir(ketua) bukanlah mainan dan sekadar menguji kepopularitian tetapi untuk memimpin ummah seperti yang digariskan oleh syariat-syariat ISLAM.
Bukan salah menjadi pemimpin. Malah Kekasih kita Rasulullah SAW juga seorang pemimpin agung. Cuma mungkin nawaitu untuk menjadi pemimpin perlu dimuhasabah semula. Indah rahmatnya jika pemimpin itu berjaya 'memimpin', baca hadis ni
Dari Abu Hurairah r.a. dari Nabi s.a.w., sabdanya: "Ada tujuh macam orang yang
akan diberi naungan oleh Allah dalam naungannya pada hari tiada naungan melainkan
naungan Allah itu sendiri, iaitu: imam - pemimpin atau kepala - yang adil, pemuda yang
tumbuh - sejak kecil - dalam beribadat kepada Allah 'Azzawajalla, seseorang yang hatinya
tergantung - sangat memperhatikan - kepada masjid-masjid, dua orang yang saling cintamencintai
kerana Allah, keduanya berkumpul atas keadaan yang sedemikian serta berpisah
pun atas keadaan yang sedemikian, seseorang lelaki yang diajak oleh wanita yang
mempunyai kedudukan serta kecantikan wajah, lalu ia berkata: "Sesungguhnya saya ini takut
kepada Allah," - ataupun sebaliknya yakni yang diajak itu ialah wanita oleh seorang lelaki,
seseorang yang bersedekah dengan suatu sedekah lalu menyembunyikan amalannya itu -
tidak menampak-nampakkannya, sehingga dapat dikatakan bahawa tangan kirinya tidak
mengetahui apa-apa yang dilakukan oleh tangan kanannya dan seseorang yang ingat kepada
Allah di dalam keadaan sepi lalu melelehlah airmata dari kedua matanya."(Muttafaq 'alaih)

Tarbiyyah diri juga jangan dilupakan. Kalau lah pemimpinnya tak kenal ISLAM bagaimana si dia mampu membawa manhaj ini. Ayuh sahabat-sahabat, hanya dengan tarbiyyah mampu menuai benih-benih pemimpin yang dapat membawa pemerintahan senada dengan risalah Islam.
'Apabila jawatan dan kuasa menjadi Pertimbangan'[gambar hiasan]
Sejarah pernah membuktikan, Tarbiyyah menjadi asas kelahiran sistem Khalifah. Kita sebagai generasi hadapan harus bangkit. Bangun lah sahabat-sahabatku. Ayuh sama-sama kita tarbiyyah diri. Sama-sama gerakkan tarbiyyah.
"Tarbiyyah bukan segala-galanya, Tapi segala-galanya boleh dicapai dengan tarbiyyah"
-Syeikh Mustafa Masyhur -
-Syeikh Mustafa Masyhur -
Pemimpin haruslah teguh kepada prinsip dan pegangannya

2 comments:
salam.... btol tu akhi..
pemimpin yang ditarbiyah adalah pemimpin yang terbaik dalam memimpin ummah...
pemimpin yng pernah menjadi hamba, yakni dipimpin... Murabbi yang pernah menjadi Mutarobbi... di ctu lah bermulanya peningkatan kita untuk menjadi seorang pemimpin yang memahami segala yang berlaku dgn mata hati... like selalu assistant anatomy ckp, "Learn by Heart"... hehe =p
k bro... perjalanan masih panjang... perjuangan di jalan ini tiada persaraan...wslm ^_^
wkslm..hehe thanks saif shah...tp jgn lpe pmimpin yg ditarbiyyah ini pun akan sntsa menghadapi cobaan dan halangan...' janganlah kita dikalahkan oleh jabatan dan harta'..sama2 teguhkan prinsip dan pegangan..
Post a Comment